5 Laluan Utama Petaling Jaya Ditutup Sempena PKP

Bermula 12 tengah malam 10 April 2020 ini, 5 laluan utama di Petaling Jaya akan ditutup susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 14 April.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Nik Ezanee Mohd Faisal berkata dalam satu kenyataan, lima laluan terlibat ialah:

  1. Susur masuk Penchala Link arah Damansara ke Mutiara Damansara atau Damansara Perdana
  2. Susur masuk Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) ke Mutiara Damansara atau Damansara Perdana.
  3. Susur masuk LDP ke Jalan PJU 8/8 Flora Damansara
  4. Susur keluar ke Jalan PJU 7/8
  5. Lampu isyarat Jalan PJU 8/1 Damansara Perdana susur masuk ke Penchala Link atau Kepong.

Walaubagaimanapun, beliau menjelaskan sebagai alternatif, orang awam boleh keluar dari kawasan Mutiara Damansara, Damansara Perdana dan Flora Damansara dengan menggunakan laluan dari Damansara Perdana ke Penchala Link dengan menggunakan Jalan PJU 7/9 Mutiara Damansara.

Sementara dari Damansara Perdana ke Persiaran Surian pula mereka boleh melalui Jalan PJU 7/1 Mutiara Damansara, katanya.

Walaupun laluan berkenaan ditutup selama 24 jam sehari namun kenderaan ambulans, bomba, polis dan Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ) masih boleh menggunakannya.

Cekidot!  Jom Beli Barangan Mentah Secara Online

Mengulas lanjut, polis turut akan menambah satu lagi Sekatan Jalan Raya (SJR) iaitu di PJU 7/1 Mutiara Damansara di kedua-dua arah, bermula pada waktu sama.

“Pihak polis sebelum ini melaksanakan dua SJR di Kilometer 0.3 Lebuhraya SPRINT menghala ke Plaza Tol Damansara dan satu lagi di Persiaran Surian Pelangi Damansara di kedua-dua arah,” katanya.

Nik Ezanee turut menasihatkan orang awam supaya mematuhi PKP sepenuhnya seiring usaha kerajaan memutuskan rantaian wabak COVID-19.

KOMEN FACEBOOK

TINGGALKAN KOMEN

Masukkan komen anda!
Masukkan nama anda

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.