Aiskrim Bazaar Port Cendol, Kopi Dan Aiskrim Terbaik Alor Setar

Aiskrim merupakan antara dessert paling diminati ramai, tak mengira usia. Kalau tiba-tiba terasa nak sejukkan tekak sewaktu cuaca panas, dah tentu aiskrim bermain di fikiran.

Kepada warga sekitar Alor Setar, anda beruntung kerana Aiskrim Bazaar yang juga merupakan one stop centre untuk semua aiskrim dan dessert berada dalam jelajah anda. Kepada yang berkunjung ke Alor Setar, anda wajib singgah ke sini. Terletak di Kompleks Perniagaan Saga, Jalan Alor Mengkudu (tidak jauh dari TOL ALOR SETAR SELATAN), anda pasti akan teruja menikmati pelabagai menu ASLI yang dihasilkan di AISKRIM BAZAAR yg pasti tidak terdapat di mana-mana.

Antara Menu Menarik Di Aiskrim Bazaar

1. Aiskrim MaiCedok

Berkonsepkan buffet, anda boleh memilih lebih 25 perisa aiskrim mengikut citarasa, serta lebih 10 topping secara percuma. Cuma cedok, timbang dan enjoy!

2. Aiskrim Roll

Tak perlu ke Thailand untuk menikmati aiskrim gulung. Merupakan menu signature di Aiskrim Bazaar, Aiskrim Roll menggunakan resepi tersendiri yang tidak ada di mana-mana, sangat eksklusif! Terbukti sedap setanding keenakan jenama di pasaran. Best seller adalah Vanilla + Oreo + Strawberry. Wajib cuba!

3. Aiskrim Nyoq Muda

Aiskrim istimewa yang diadun dari santan kelapa muda. Rasanya lemak manis. Ditambah pula dengan kacang dan kernel jagung. Pasti menambat selera!

4. Kopi Affogato

Hasil gabungan fusion kopi orang Kedah Asli dengan aiskrim vanila! Kopi dibancuh sehingga terbit aroma kopi kampung Kedah, kemudian digabung dengan aiskrim vanila, sedap melampau!

5. Green Tea Float Cincau

Penggemar teh hijau pula, anda kena cuba Green Tea Float Cincau ini. Rasa dan tekstur yang unik hasil bancuhan Teh Hijau asli yang dinikmati dengan aiskrim vanila serta cincau.

6. Cendol Kuali Buah Fresh

Ia antara menu wajib cuba kalau berkunjung ke Airkrim Bazaar. Menggunakan santan sawit yang tidak muak bergabung sebati dengan air gula merah. Cendol wangi pandan hasil buatan sendiri. Tak cukup dengan itu, ditambah pula dengan hirisan buah-buahan segar seperti pisang, betik dan buah naga. Paling menarik, ianya dihidangkan di dalam kuali mini yang boleh dikongsi 2 ke 3 orang. Berbaloi-baloi!

Kelebihan Aiskrim Bazaar

Paling utama ianya 100% Halal dan toyyiba, buatan 100% air tangan muslim. Kualiti aiskrim adalah Premium setanding aiskrim berjenama di pasaran, namun harga yang sangat berpatutan, boleh dinikmati oleh semua golongan masyarakat. Lokasinya pula sangat mudah untuk dicari. 10km dari jeti Langkawi Kuala Kedah, 5km dari tol Alor Setar Selatan. Aiskrim Bazaar sangat sesuai untuk santai sekeluarga.

Perkhidmatan Katering Aiskrim Bazaar

Selain menawarkan pelbagai menu aiskrim untuk dinikmati di kedai, Aiskrm Bazaar juga turut menyediakan perkhidmatan Katering Aiskrim sejak 2014 lagi. Sesuai untuk sebarang majlis, perkhidmatan katering Aiskrim Bazaar meliputi Perlis, Kedah dan Pulau Pinang.

View this post on Instagram

Warga sekitar Alor Setar, anda beruntung kerana Aiskrim Bazaar yang juga merupakan one stop centre untuk semua aiskrim dan dessert berada dalam jelajah anda. Terletak di Kompleks Perniagaan Saga, Jalan Alor Mengkudu (tidak jauh dari TOL ALOR SETAR SELATAN), anda pasti akan teruja menikmati pelbagai menu ASLI yang dihasilkan di AISKRIM BAZAAR yg pasti tidak terdapat di mana-mana. Apa Menu Menarik Di Aiskrim Bazaar? Aiskrim MaiCedok – Berkonsepkan buffet, anda boleh memilih lebih 25 perisa aiskrim mengikut citarasa, serta lebih 10 topping secara percuma. Cuma cedok, timbang dan enjoy! Aiskrim Roll – Merupakan menu signature di Aiskrim Bazaar, Aiskrim Roll menggunakan resepi tersendiri yang tidak ada di mana-mana. Best seller adalah Vanilla + Oreo + Strawberry. Wajib cuba! Cendol Kuali Buah Fresh – Antara menu wajib cuba kalau berkunjung ke Airkrim Bazaar. Menggunakan santan sawit yang tidak muak bergabung sebati dengan air gula merah. Cendol wangi pandan hasil buatan sendiri. Tak cukup dengan itu, ditambah pula dengan hirisan buah-buahan segar seperti pisang, betik dan buah naga. Paling menarik, ianya dihidangkan di dalam kuali mini yang boleh dikongsi 2 ke 3 orang. Berbaloi-baloi! Perkhidmatan Katering Aiskrim Bazaar Selain menawarkan pelbagai menu aiskrim untuk dinikmati di kedai, Aiskrm Bazaar juga turut menyediakan perkhidmatan Katering Aiskrim sejak 2014 lagi. Sesuai untuk sebarang majlis, perkhidmatan katering Aiskrim Bazaar meliputi Perlis, Kedah dan Pulau Pinang. Aiskrim Bazaar @aiskrimkifayahkedah Lokasi: No 11& 12, Kompleks Perniagaan Saga, Jalan Alor Mengkudu, Alor Setar, Kedah Operasi: Sabtu – Khamis 10 pagi – 7 malam (Jumaat tutup) Hubungi: 0111-8519542

A post shared by Jelajah Maya (@jelajahmayadotcom) on

Aiskrim Bazaar

Lokasi: No 11& 12, Kompleks Perniagaan Saga, Jalan Alor Mengkudu, Alor Setar, Kedah
Operasi: Sabtu – Khamis 10 pagi – 7 malam (Jumaat tutup)
Hubungi: 0111-8519542

KOMEN FACEBOOK

TINGGALKAN KOMEN

Masukkan komen anda!
Masukkan nama anda

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.