Sekiranya terlibat dalam kemalangan, apa yang harus anda lakukan?

1. Kemalangan kecil atau minor accidents.

Biasanya kerosakan tidak perlukan banyak repair, anggaran RM200 – RM300. Contohnya kerosakan lampu belakang, signal, cermin tepi (side mirror) dan sebagainya.

Ingat, kalau ke Balai Polis, akan memakan masa dan leceh!

Jangan lupa juga, kalau anda didapati bersalah, anda akan kena kompaun sekurang-kurangnya RM300. Berbaloi ke? Dalam kes kemalangan macam ini, “settle” jer lah.

2. Kemalangan kecil tetapi melibatkan kerosakan lebih besar.

Repair memerlukan perbelanjaan yang lebih atau tinggi. Dalam kes ni, insurans main peranan besar. Dinasihatkan lapor kemalangan ini ke Balai Polis saja dalam tempoh 24 jam. Apa yang anda harus buat ialah:

  1. Ambil/catat nombor kereta.
  2. Jenis model kereta.
  3. Warna kereta.
  4. Catatkan masa kemalangan berlaku dan tempat kemalangan.
  5. Kalau boleh, dapat butiran pemandu yang terlibat seperti kad pengenalan, lesen pemandu dan jangan lupa kelasnya, alamatnya dan bangsanya.

3. Kemalangan serius.

Biasanya berlaku di jalan-jalan besar atau lebuhraya. Haruslah:

  1. Cuba hantar yang cedera ke hospital atau klinik.
  2. Telefon ke Balai Polis atau Hospital untuk bantuan kecemasan.
  3. Balai Bomba dihubungi.
  4. Kalau pemandu tidak cedera parah, bolehlah tukar-menukar butiran peribadi.
  5. Catat nombor kenderaan terlibat, butir-butir pemandu (lesen), masa kemalangan, tempat terjadi kemalangan dan sebagainya.
  6. Anda tidak boleh ubah kenderaan-kenderaan dan tempat kemalangan, harus menunggu kedatangan Polis dan Ambulans untuk membantu.
  7. Buat Laporan Polis dalam tempoh 24 jam! Simpan salinan repot Polis untuk rujukan sendiri. Beritahu pihak Insurans dalam tempoh seminggu. Dalam kes kemalangan serius, anda akan kehilangan NCB.

Urusan Tarik Kereta (Longkai) Dan Bengkel

Bila panggil longkai (penarik kereta) dia akan suruh tandatangan satu dokumen. Jangan tandatangan! Sebab kalau korang tandatangan, longkai akan dapat komisen 10% dari insurans korang. Longkai akan gertak dan momokkan dengan cerita sedih itu dan ini. Jadi apa tindakan korang? Cakap je kat dia, “saya nak towing je”. Biasanya kena caj dalam Rm200-300.

Towing kereta korang ke balai dulu untuk buat report dan urusan sepatutnya di sana. Lepas buat report, mintak longkai hantarkan kereta ke bengkel panel yang buat repair. Kalau tak tau panel bengkel, call pihak insurans dan minta alamat panel yang buat repair eksiden.

Lepas tu, tibalah babak paling best. Tiba giliran korang pulak untuk claim 10% dari tokey bengkel.

Caranya? Esok adjuster insurans akan datang ke bengkel dan kira jumlah kerosakan. Contoh lah, kereta mahal, Audi ke, BMW ke Mercedes ke, total repair dalam RM100,000. Jadi korang boleh claim 10k dekat tokey bengkel sebab korang dah bagi job kat tokey bengkel tu. Sebab tu lah longkai biasanya bergaduh berebut-rebut kereta dan duit dari bengkel kereta.

Dan lagi best, korang boleh claim lost of use pada pihak insurans. Contoh kos lost of use insurans anda (ikut jenis insurans) RM30 satu hari. Lepas tu bengkel bagi angaran siap dalam 1 bulan. Jadi korang boleh dapat RM30 setiap hari selama sebulan.

RM30 x 30 hari (sebulan) = RM900.

Korang layak dapat RM900 dari pihak insurans atas dasar nama claim lost of use. Tapi kalau bengkel tak dapat siapkan kereta dalam masa sebulan seperti yang dijanjikan, korang tak boleh claim lagi dengan pihak insurans. Dan tempoh claim lost of use ni maximum 3 bulan je.

Cuma kat sini perlu hati-hati dengan dua perkara. Pertama, pastikan bengkel tu tukar part atau barang kat kereta yang rosak tu. Sebab sesetengah bengkel kuat ‘kencing’. Dorang tak tukar. Tapi repair je part yang rosak. Lepas repair, mintak pihak insurans emailkan senarai dan data part yang bengkel tu tukar. Kalau kurang 1 barang, korang claim duit balik kat tokey kedai tu. Kalau dorang taknak bagi, gertak je nak report polis atau tribunal pengguna.

Kedua, hati-hati dengan longkai bila dorang cakap, “hantar kat bengkel saya je lah”. Itu ‘kencing’ je. Sebab longkai takde bengkel. Dia pancing je tu 🙂

Sila SHARE sekiranya bermanfaat.

KOMEN FACEBOOK

TINGGALKAN KOMEN

Masukkan komen anda!
Masukkan nama anda

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.