Sekiranya tak nak bersesak-sesak di pasar raya, korang boleh membuat pembelian secara online dari Tesco menerusi aplikasi Whatsapp dalam kempen Order & Collect.

Ia memudahkan, apa yang perlu korang buat adalah beri senarai barang yang diperlukan kepada personal shopper Tesco yang berdekatan, mereka akan sediakan barangan tersebut.

Andai kata barang atau jenama yang dikehendaki tiada di Tesco tersebut, mereka akan cadangkan jenama lain yang berkaitan. Rujuk aplikasi My Tesco Online untuk senarai barang. Harga barang adalah sama seperti di Tesco dan tiada cas lebih untuk personal shopper.

Dah setuju dengan barangan yang hendak dibeli, personal shopper Tesco ini akan sediakan barcode berserta jumlah yang korang perlu bayar.

Namun begitu, barcode yang diberikan hanya sah dalam tempoh 30 minit, jadi korang kena bagi tahu pukul berapa nak pergi ambil barang-barang tersebut.

Sampai sahaja di Tesco, sila ke service counter dan mereka akan tunjuk troli berserta barang yang sudah tersedia discan. Selepas itu, terus ke kaunter dan bayar ikut jumlah barcode yang personal shopper Whatsapp tadi. Ha, mudah je kan? Tak perlulah korang nak mengambil masa yang lama di pasar raya untuk membeli barang keperluan.

Cekidot!  Tiada Bil Elektrik Fizikal Dihantar Ke Rumah Sepanjang PKP Semak Secara Online

WhatsApp sahaja personal shopper Tesco yang terdekat dengan menghubungi talian-talian berikut:

BELI BARANG ONLINE LAZADA MURAH

KOMEN FACEBOOK

TINGGALKAN KOMEN

Masukkan komen anda!
Masukkan nama anda

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.