Kalau Dapat Call Dari Maybank… Hati Hati!

Jika anda pemilik akaun Maybank, anda disarankan untuk berhati-hati dengan teknik scam terbaru yang dijalankan oleh sindiket penipuan Spoofing.

Menurut Timbalan Pengarah JSJK (Siber dan Siasatan Multimedia), Senior Asisten Komisioner Datuk Kamaruddin Md Din, pihaknya mengesan wujud rangkaian sindiket baru yang menyamar sebagai pegawai bank khususnya Maybank untuk menipu orang awam.

Teknik yang dilakukan oleh sindiket tersebut adalah dengan menghubungi telefon mangsa secara rambang sebelum memulakan perbualan dengan mendakwa nama mangsa telah digunakan individu tertentu untuk melakukan pinjaman peribadi.

Modus operandi sindiket tersebut sangat licik dan agak sukar dihidu. Mereka hanya perlu untuk melakukan beberapa langkah sahaja untuk menjerat anda dalam penipuan mereka.

1. Ahli sindiket akan memperkenalkan diri sebagai pegawai bank sebelum meminta mangsa menyatakan nama penuh dan nombor MyKad untuk tujuan pengesahan.

2. Suspek kemudian mendakwa ada individu yang menyamar dan membuat pinjaman peribadi menggunakan identiti mangsa.

3. Mangsa kemudian akan panik dan suspek akan menasihati mereka untuk membuat aduan dengan Bank Negara Malaysia (BNM) atau Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan memberi nombor telefon yang sudah diubah menggunakan ‘platform voice over internet protocol’ (VOIP) untuk memperdaya mangsa.

4. Sebaik mangsa menghubungi nombor itu, seorang lagi ahli sindiket yang menyamar sebagai pegawai BNM atau PDRM akan menjawab panggilan itu.

5. ‘Pegawai’ palsu itu pula akan meminta maklumat perbankan dan kad kredit mangsa kononnya untuk tujuan pengesahan dan semakan.

Nombor telefon yang sudah diubah menggunakan ‘platform voice over internet protocol’ (VOIP) itu akan kelihatan seperti nombor betul walaupun hakikatnya ia adalah palsu. Katanya lagi, mangsa juga diarahkan supaya tidak memberitahu sesiapa berhubung perkara itu kerana ia boleh ‘menjejaskan’ siasatan.

Ini adalah peringatan buat anda di luar sana supaya tidak melayan panggilan yang meragukan dari mana-mana bank. BNM menasihati orang ramai untuk menghubungi bank masing-masing secara langsung atau hubungi talian bebas tol Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM) di 1-300-88-9980 sekiranya menerima panggilan, emel, dan SMS yang meragukan.

Sila SHARE kepada semua supaya lebih berhati-hati!

KOMEN FACEBOOK

TINGGALKAN KOMEN

Masukkan komen anda!
Masukkan nama anda