MELAKA – Teringin untuk menginap di penginapan yang berkonsepkan modern & santai? Pastinya mereka yang mencari-cari penginapan seperti ini akan teruja untuk menginap di Homestay Kontena Melaka. Homestay ini di dirikan menggunakan badan kontena dan mempunyai 2 tingkat. Pemandangan suasana kampung sangat sesuai untuk mereka yang ingin bersantai bersama rakan-rakan atau keluarga.

Nak mandi-manda? Di Homestay Kontena ini ada di sediakan swimming pool khas untuk guest Homestay Kontena Melaka! Jika rasa malas nak mandi-manda di swimming pool, anda boleh bersantai di tingkat atas kontena sambil menghirup udara segar. Sungguh nyaman!

Lokasi Homestay Kontena Melaka ini juga sangat strategik! Terletak di Bukit Katil, Melaka. Ianya hanya 5km dari tol Ayer Keroh dan 7km ke Pusat Bandar Melaka. Menjadi tumpuan para pelancong kerana berdekatan dengan MITC, Zoo Melaka, Taman Buaya, Bayou Water Park & Gold Cost Melaka.

🏰 Plan Ke Melaka? Semak senarai tempat-tempat menarik sekitar Melaka!

Untuk penginapan selama 2 hari 1 malam bagi satu unit Homestay Kontena Melaka adalah seperti berikut :

Weekdays : Rm150
Weekend /Public Holiday/School Holiday : Rm180

Homestay Kontena Melaka

Lokasi: No. 1052, Jalan Imam Kadir, Kampong Bukit Katil, Melaka
Hubungi / Tempahan: 013-3627077

Sila SHARE kepada yang teringin menginap di sini bila bercuti ke Melaka!

KOMEN FACEBOOK

TINGGALKAN KOMEN

Masukkan komen anda!
Masukkan nama anda

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.