Yang duk Ampang mesti tau ni kan… 25 menu sarapan RM5 sajork! Pagi weekend dan public holiday mesti merenyut orang kat sini. Nasi lemak, rendang, goreng2, spaghetti, makaroni, roti bakar, capati, kuih, buah, air free flow… apa lagi kau nak? Operasi buffet breakfast ni dari 7 pagi hingga 11 tengahari.

Pada hari Isnin hingga Jumaat pula ada disediakan buffet lunch dengan harga RM10 sahaja. Operasi buffet lunch ni dari 11 tengahari hingga 3 petang.

Yang spesel di sini pastinya Roti Bom yang kecil, comel dan sedap. Hanya 50 sen sekeping. Pekena dengan kuah dal memang peerghhh!!

Apa kata beramai-ramai serbu buffet berbaloi-baloi ni!

p/s Harus diingatkan, parking kat sini agak susah. Penuh kereta di tepi-tepi jalan, good lucklah!

Naan Corner – Buffet Sarapan RM5

Lokasi: 12, Jalan Kerja Air Lama 1, Ukay Heights, Ampang (bertentangan Me’nate Ampang)
Operasi: 7 pagi – 12 malam
Hubungi: 016-9472020

Sila SHARE kepada yang berselera besar sekitar Ampang!

KOMEN FACEBOOK

TINGGALKAN KOMEN

Masukkan komen anda!
Masukkan nama anda

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.