BUKIT TINGGI – Percutian Tanah Tinggi Sempoi!

Orang KL dan Selangor kalau nakkan percutian ke tanah tinggi, tak perlu pening-pening kepala. Hanya 30 minit dari Tol Gombak, korang berpeluang bergembira di Bukit Tinggi. Pelbagai tempat dan aktiviti menarik tersedia di sini.

Mulakan pengembaraan dengan melawat Colmar Tropicale French Village, sebuah perkampungan bertema ala perancis ini mendapat ilhamnya dari Colmar Village Alsace, sebuah perkampungan perancis yang terkenal dengan jalan batu buntar dan bangunan peninggalan zaman Renaissance. Suasana kampung ini bakal membuat sesiapa sahaja yang berjalan disini merasa seolah-olah berada didalam sebuah filem eropah klasik.

Bayaran Masuk: Dewasa (RM16) | Kanak-kanak (RM8)

Kepada meraka berani mencuba, Colmar Adventure Park menyediakan pelbagai aktiviti lasak khas buat orang yang mengejar cabaran. Kalau korang tidak gayat, jagan lepaskan peluang untuk merentasi gaung dengan menaiki flying fox terpanjang di Asia Tenggara yang mempunyai kepanjangan 1 kilometer.

Tanpa menaiki pesawat, dalam beberapa minit sahaja korang boleh menyusul dari sebuah perkampungan perancis yang romantik ke perkampungan jepun tradisional yang aman. Japanese Village yang terletak di Bukit Tinggi ini merupakan memperlihatkan koleksi tarikan bertema jepun yang disusun kemas sekitar sebuah taman hijau yang luas dengan tujuan untuk menghidupkan suasana perkampungan jepun tradisional dahulu kala. Perkampungan jepun ini dihias dengan kolam ikan Koi, taman bunga dan batu berlumut yang cantik. Antara tarikan mesra keluarga yang boleh dijumpai disini adalah Rumah Teh Jepun, Taman Botanikal, Tatami Spa, Ume Tatami Suite dan restoran Ryo Zan Tei.

Bayaran Masuk: Dewasa (RM12) | Kanak-kanak (RM8)

Banyak lagi tempat menarik yang boleh diterokai di Bukit Tinggi!

↗ Sila SHARE kepada yang nakkan percutian tanah tinggi.

KOMEN FACEBOOK

TINGGALKAN KOMEN

Masukkan komen anda!
Masukkan nama anda

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.