Cara Buat Duit Tanpa Modal Mempromosi Produk Online

Antara kerja dari rumah cara buit duit online paling mudah tanpa memerlukan modal adalah melalui program affiliate. Kalau korang hilang pekerjaan atau nak tambah pendapatan buat kerja sambilan, ini peluang terbaik korang.

Korang boleh promosikan barangan dari Lazada, Shopee, Mr DIY dan sebagainya. Tak perlu ada website, blog dan sebagainya (kalau ada boleh juga, lagi bagus). Hanya promote melalui Facebook sahaja sudah memadai.

Komisyen yang korang boleh dapat bergantung kepada advertiser yang korang promote. Contohnya Lazada komisyenbya 7%. Ini bermakna kalau barang yang korang promote berharga RM100, bila ada orang beli, korang akan dapat RM7 komisyen. Taklah besar nilainya tapi berpadalah dengan betapa mudahnya cara buat duit online ini. Kalau dikumpul dan pandai promote, banyak boleh dapat!

Untuk menjana income sampingan secara online ni, korang kena mendaftar dengan program affiliate ni sebagai seorang Publisher terlebih dahulu.

1. Daftar Percuma

Klik SINI untuk mendaftar. Isikan nama, email, password dan sebagainya. Email pengesahan akan dihantar dan korang kena sahkan dengan klik link yang diberikan dalam email.

Cekidot!  Kematian 5 Sekeluarga Dari Kluster Itali Di Sarawak Berpunca Dari Rakan Sekerja

2. Log Masuk

Bila pertama kali login, korang kena kemaskini butiran peribadi, termasuklah butiran bank untuk tujuan pembayaran komisyen.

Seperkara lagi, pengesahan korang sebagai Publisher akan tergantung ‘Pending Approval’ sehingga korang isi bahagian Property.

3. Tambahkan Property

Property ni boleh terdiri dari website, blog, Facebook dan sebagainya. Bila korang dah masukkan semua maklumat Facebook korang, tunggu pengesahan. Biasanya dalam masa 24 jam.

4. Dapatkan Link Untuk Dipromote

Bila semua dah selesai, bolehlah korang dapatkan link untuk tujuan promosi di Facebook. Banyak advertiser yang korang boleh pilih seperti Lazada, Shopee, Mr DIY, Seng Heng, PhotoBook dan sebagainya. Pergi ke bahagian Partners – Advertiser Directory. Pilih mana yang korang nak.

Ada 2 jenis advertiser. Satu yang am (generate link) dan satu lagi yang sedikit ekslusif Apply) korang kena buat permohonan.

Komisyen untuk advertiser yang ekslusif ni biasanya tinggi sedikit. Apply jer dan tunggu approval.

Untuk dapatkan link, klik butang Generate Link. Korang akan diberikan satu link affiliate khas. Copy link tu dan gunakan untuk update status Facebook dan sebagainya. Korang boleh jugak terus share dari butang Share yang disediakan tu.

Cekidot!  KKM Mendedahkan Wujudnya Kes Sporadik Covid-19 Yang Tidak Diketahui Dari Mana Punca Jangkitan

Korang boleh explore lebih lagi, klik bahagian Promotion.

5. Lihat Hasil Komisyen

Cara yang paling mudah korang tengok di Dashboard.

Sekarang dah tahu cara buat duit online tanpa modal, bolehlah mula menjana pendapatan sampingan dengan hanya promote kat Facebook.

DAFTAR SEKARANG!

KOMEN FACEBOOK

TINGGALKAN KOMEN

Masukkan komen anda!
Masukkan nama anda

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.