Cara Mohon i-Lestari Tak Perlu Daftar i-Akaun

Ramai yang dah buat permohonan sejak diumumkan pengeluaran i-Lestari KWSP.

Namun disebabkan agak susah juga nak isi borang, hantar e-mel dan sediakan dokumen yang diperlukan untuk membuat permohonan, mungkin masih ada yang mengalami masalah pengeluaran i-Lestari KWSP melalui i-Akaun, terutamanya bagi golongan yang berumur.

Kalau diikutkan sebelum ini, kita perlu hantar e-mel terlebih dahulu untuk daftar i-Akaun. Kemudian bila dah dapat daftar i-Akaun barulah teruskan dengan permohonan.

Terkini, pihak KWSP secara rasmi telah memudahkan cara permohonan dengan melancarkan sistem baru iaitu dengan i-Lestari Online.

Berikut dikongsikan cara permohonan pengeluaran i-Lestari tanpa memerlukan pendaftaran i-Akaun.

CARA PERMOHONAN PENGELUARAN I-LESTARI TANPA DAFTAR I-AKAUN

Sila BACA dan FAHAMI INFO PENTING berikut sebelum meneruskan permohonan.

1. Layari https://ilestari.kwsp.gov.my/

2. Pilih PERMOHONAN BARU

3. Isikan Nama Penuh, No. MyKad, No. Telefon Bimbit, Alamat Emel, Alamat & Poskod

4. Pilih jumlah Amaun Dimohon Sebulan (RM)

5. Pilih Bank dan masukkan Nombor Akaun Bank (Simpanan/Semasa) Aktif

6. Tanda pada kotak pengesahan pengakuan pemohon

7. Baca dan fahami Perakuan Pemohon dan tekat butang SETUJU.

8. Pastikan semua maklumat yang diisi adalah BETUL dan TEPAT sebelum menekan butang HANTAR.

9. Permohonan pengeluaran anda telah berjaya dihantar.

SEMAK STATUS PERMOHONAN SELEPAS 2 HARI

Semakan status permohonan boleh dibuat dalam tempoh DUA (2) hari selepas permohonan.

1. Pilih SEMAK STATUS PERMOHONAN
2. Masukkan Nombor MyKad, Nombor Telefon Bimbit, dan tekan SEMAK.
3. Status permohonan akan dipaparkan bagi tujuan semakan.

Untuk maklumat lanjut, layari https://ilestari.kwsp.gov.my ATAU imbas kod QR (rujuk gambar yang tertera).

Cekidot!  Kurma Tangkai Firdaus Deglet Nour Direct Ladang Tunisia
KOMEN FACEBOOK

TINGGALKAN KOMEN

Masukkan komen anda!
Masukkan nama anda

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.