Cara Mudah Tambah Tandatangan Pada Dokumen PDF

Pernah tak ada dokumen PDF yang perlu ditandatangan? Biasanya kita kena cetak, tandatangan, scan semula dan jadikan PDF, baru boleh dihantar dokumen tersebut, betul tak?

Ada pula yang ambil gambar tandatangan, kemudian gunakan perisian untuk edit masukkan.

Terbaru, ada kemudahan yang disediakan oleh Microsoft melalui aplikasi mobile Microsoft Office bagi pengguna Android. Korang boleh muat turun dari Play Store.

Cara Mudah Tambah Tandatangan Pada Dokumen PDF

Langkah-langkah:
1. Buka aplikasi
2. Klik bahagian Actions
3. Pilih Sign a PDF

4. Klik ikon Browse
5. Pilih dokumen
6. Sentuh pada bahagian yang perlu ditandatangan
7. Buat tandatangan (ada pilihan sama ada mahu menyimpan atau tidak tandatangan tersebut)

8. Tekan butang pada penjuru kanan untuk letak tandatangan. Saiz boleh diubah mengikut kesesuaian.

Senang bukan?

Kongsikan tips Cara Mudah Tambah Tandatangan Pada Dokumen PDF ini kepada semua.

KOMEN FACEBOOK

TINGGALKAN KOMEN

Masukkan komen anda!
Masukkan nama anda

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.