Chalet atas air, berhadapan dengan air terjun ini milik pengusaha Bumiputera. Persekitarannya menghijau diselangi dengan bunyi deruan arus sungai dan air terjun berhampiran. Boleh bagi anak kecil bagi makan ikan-ikan yang friendly. Kalau berani boleh usap ikan Koi di kolam.

Pengunjung dijamu 5 kali sehari dengan menu masakan tradisi Pahang of course. Memang tak sempat nak lapar! Kalau datang musim buah, boleh makan durian Musang King, D24, pulasan dan lain-lain sampai lebam!

Aktiviti petang, melawat sekitar resort termasuk air terjun 100 ekar. Kapasiti, 120 pax dalam satu masa. Sesuai bawa anak kecil dan privasi terjamin.

Tempat ini di Lembah Temir Raub, masuk jauh ke dalam ladang kelapa sawit dan getah. Kalau ada 4×4, lagi mudah.

Rata-rata yang berkunjung ke sini samaada untuk reunion, gathering, teambuilding serta percutian pendek famili, memang cakap macam tak nak balik dan nak datang lagi.

Lembah Temir Raub

Lokasi: C149, 27630 Sungai Ruan, Raub
Pertanyaan/Hubungi: 019-3377282 (waktu pejabat sahaja)
Booking melalui Email: lembahtemir@gmail.com

Sila SHARE kepada pencinta alam semula jadi.

KOMEN FACEBOOK

TINGGALKAN KOMEN

Masukkan komen anda!
Masukkan nama anda