Fenomena Donut Panas Beratur Gombak!

Sape yang duduk Gombak area Batu 6 dekat Masjid Syakirin mesti tau gerai donat panas ni. Hari-hari orang beratur sekali beli 10 ke 15 biji. Sanggup beratur sampai 30 minit nak beli donut.

Donut dia gebu gila. Sekali gigit macam gigit angin la. Dah lah lembut, panas, sedap, besar dan harga pun murah.

Size semua donut adalah size XL ye. Besar lagi daripada donut Big Apple.

Harga:
Donut Karamel (HOT ITEM!!) – RM 1.50
Donut Coklat – RM 1.50
Donut Gula – RM 1.50

Tips untuk mereka yang nak beli tapi taknak beratur 101 (since ramai nak rasa tapi taknak beratur):
Setiap kali korang lalu naik kereta atau motor dekat depan kedai ni, if ada nampak dia gantung papan yang tertera “1 jam”, itu bermakna dia tutup kedai untuk 1 jam sebab nak buat donut baru balik. So korang tanya la dekat akak tu pukul berapa dia bukak balik, then korang hulur je duit & cakap nanti dah siap korang datang balik. So tak payah beratur. Tapi ni kira nasib nasib je la eh. Jangan la pulak berharap tiap kali korang pergi dapat peluang macam tu ye. Hehehehe.

Cekidot!  Mat Bulat Meatball Setanding Meatball IKEA

Lokasi:
Donut panas (Donut Beratur), bersebelahan Masjid Syakirin Batu 6, Jalan Gombak.
Cawangan lain: bersebelahan Shell Taman Greenwood (Tapak Foodtruck)

Operasi: 12 pm – 7 pm/7:30 pm. Biasanya kalau donut habis awal 6 pm/6:30 pm dah tutup. Bergantung pada donut ada lagi atau tidak. Kalau habis, tutup awal la ye. Buka 6 hari seminggu, AHAD tutup.

Maximum order per customer: Lebih dari 50 biji donut kena order malam sebelum atau pagi pagi lagi dekat akak kedai tu ye. Kalau nak beli dalam 20 biji, 30 biji, boleh terus beli dekat kaunter.

↗ Sila SHARE kepada semua penggemar donut!

KOMEN FACEBOOK

TINGGALKAN KOMEN

Masukkan komen anda!
Masukkan nama anda