Tau tak ada satu kawasan percutian menarik dekat Sungai Lui, Hulu Langat? Homestay D’Taj Sungai Lui namanya. Kalau famili ramai, kat sini memang sesuai untuk buat family event sebab ada 8 jenis rumah tamu yang cantik disediakan bermula dari RM200/malam. Ada pakej yang lebih murah kalau nak buat family day.

Fasiliti memang lengkap, boleh menampung jumlah pengunjung yang ramai pada satu2 masa. Ada dewan makan dan surau. Swimming pool pula ada 2, untuk dewasa dan kanak-kanak. Pakai air semulajadi air bukit tau memang sejuk!

Paling syok dekat sini ada banyak kolam memancing. Pilih je nak mancing ikan apa, keli, talapia, patin, baung dan lampam jawa. Ramai-ramai lepak santai sambil mancing pun okay jugak kan. Pendek kata homestay ni memang sesuai kalau nak bercuti hujung minggu atau nak buat family event.

D’Taj Sungai Lui

Lokasi: Batu 25, Jalan Sungai Lui, Hulu Langat, 43100 Selangor.
Hubungi: 016-3636447

Sila SHARE kepada yang nak gather2 ramai-ramai sekitar Sungai Lui ni.

KOMEN FACEBOOK

TINGGALKAN KOMEN

Masukkan komen anda!
Masukkan nama anda

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.