Hujung minggu dah menghampiri, apa kata bawa seisi keluarga beraktiviti di Hutan Lipur Lata Bayu, Baling?

Ia mempunyai air terjun yang perghhh… mempersonakan! Air terjunnya terjaga elok dan pelbagai kemudahan disediakan di sekitarnya seperti tapak perkhemahan, restoran, surau serta bilik persalinan.

Lokasi tempat rekreasi ini terletak di Baling, Kedah, hanya 30 km dari Pekan Baling dan 90 km dari Bandar Alor Setar. Jika dari Alor Setar atau dari arah Sungai Petani, untuk ke sini anda mesti melalui Pekan Parit Panjang. Air terjun ini terletak 7 km dari Parit Panjang.

Hutan lipur ini terletak dalam Hutan Simpan Rimba Teloi. Ia juga dikenali sebagai Lata Asam Jawa. Apa yang uniknya hutan lipur ini adalah terdapatnya air terjun yang menarik dengan ketinggian 20 meter dan membentuk kolam semulajadi yang dikenali sebagai Lubok Lesung.

Pemandangan hutan lipur ini adalah berbukit bukau dan terdapat denai sepanjang 5 km menuju ke Bukit Tok Bidan. Terdapat pelbagai flora dan fauna yang boleh ditemui di kawasan ini seperti Meranti Seraya, Meranti Tembaga, Meranti Melantai, Terap Keledang dan Bintangor.

Berkunjunglah ke Hutan Lipur Lata Bayu, pasti anda akan tidak berasa bosan menjalankan aktiviti di situ.


Sila SHARE kepada rakyat jelata seluruh Kedah.

Follow Jelajah Maya untuk perkongsian menarik sekitar alam maya

KOMEN FACEBOOK

TINGGALKAN KOMEN

Masukkan komen anda!
Masukkan nama anda

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.