Di Malaysia terdapat lebih 200 klon durian yang telah didaftarkan di Jabatan Pertanian Malaysia. Ada jenis klon dan gred yang baik dijual atas nama MUSANG KING tapi sebenarnya TIDAK. Jangan tertipu ya!

5 TIPS untuk mengenali Musang King yang sebenar!

1. Perhatikan Bentuk Buah

Buahnya berbentuk BUJUR seakan bola ragbi, dan ada juga berbentuk seperti buah pinggang.

2. Perhati Rupa Batang Induk

Batang induk (mahkota) tidak berduri, dan agak botak serta berwarna coklat.

3. Perhati Pangkal Buah

Terbentuk seakan Tapak Sulaiman (Starfish) di pangkal buah dan ianya leper.

4. Perhati Bentuk Duri

Duri buah berbentuk piramid yang bersegi.

5. Perhati Saiz Tangkai

Tangkai buah lebih panjang berbanding buah lain.

Diharapkan info ini memberi manfaat.

Sila SHARE supaya lebih ramai tahu dan tidak terpedaya oleh peniaga yang tidak jujur.

Follow Jelajah Maya untuk perkongsian menarik sekitar alam maya.

KOMEN FACEBOOK

1 komen

TINGGALKAN KOMEN

Masukkan komen anda!
Masukkan nama anda