Booking.com

Kesemua Ahli Keluarga Doktor Pakar Disahkan Positif Covid19

Seorang doktor pakar di Perak bersama isteri dan anak-anaknya telah dimasukkan ke Hospital Permaisuri Bainun, Ipoh selepas mereka sekeluarga disahkan positif Covid-19. Isteri beliau telah berkongsi kisah mereka di laman Facebooknya, Gold Amy Edriena.

Netizen rata-ratanya sedih dengan nasib yang menimpa mereka sekeluarga dengan perkongsian tersebut.

“Doakan kami sekeluarga sembuh”

Amy Edriena memberitahu bahawa dia bersama suami dan anak-anaknya kini berada di Hospital Permaisuri Bainun, Ipoh untuk dikuarantinkan selepas mereka disahkan positif Covid-19.

Menceritakan kisah itu, wanita ini turut memaklumkan bahawa suaminya juga merupakan seorang doktor pakar yang berkhidmat di bahagian kecemasan Hospital Teluk Intan.

Assalamualaikum doakan kami sembuh family positive covid-19. Now admit at Ipoh Hospital, suami saya seorang pakar Hospital Teluk Intan di Jabatan Kecemasan.

Terima kasih Pihak Polis Yang Mengiring

Difahamkan, mereka sekeluarga bersama beberapa orang pesakit yang lain kini telah dihantar ke Hospital Teluk Intan untuk rawatan lanjut.

Cekidot!  MAEPS Serdang Sebagai Pusat Kuarantin Dan Rawatan Covid19 Berisiko Rendah

Mereka turut meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada petugas-petugas kesihatan atas layanan dan khidmat bantuan yang diberikan sepanjang 4 hari mereka sekeluarga berada di Hospital Permaisuri Bainun.

Bismillah, kami dengan beberapa patient telah dihantar ke Hospital Teluk Intan untuk rawatan lanjut. Di escort dengan 2 pegawai polis trafic, Alhamdulilah agar melancarkan perjalanan kami. Terima kasih yang tak terhingga pada semua petugas Hospital Ipoh hanya Allah dapat balas jasa baik semua setelah 4 hari di Hospital Ipoh.

Netizen turut mendoakan mereka semoga cepat sembuh

KOMEN FACEBOOK

TINGGALKAN KOMEN

Masukkan komen anda!
Masukkan nama anda

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.