Booking.com

KKM Mendedahkan 2 Kluster Covid19 Melibatkan Perhimpunan Besar Di Kuching Dan Bandar Baru Bangi

Dalam sidang media petang 6 April, Kementerian Kesihatan Malaysia telah memaklumkan 2 kluster COVID-19 yang berkait rapat dengan perhimpunan besar-besaran.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, selain perhimpunan tabligh Sri Petaling, terdapat lagi dua kluster COVID-19 yang berkait rapat dengan himpunan besar-besaran.

1. Persidangan Keagamaan Gereja 3 Hari di Kuching

Menurutnya, seramai 83 pesakit COVID-19 yang positif berkait dengan kluster perhimpunan ini di mana ia melibatkan 2 kematian.

Dua kes kematian yang berlaku dari kluster ini ialah kes ke-358 dan kes ke-2,471.

Tambahnya, seramai 50 orang pesakit sedang dirawat, 5 kes kritikal sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) serta 25 kes di bawah pemerhatian pusat kuarantin.

Sementara itu, satu kes disahkan pulih sepenuhnya.

2. Majlis Perkahwinan di Bandar Baru Bangi

Datuk Noor Hisham menjelaskan terdapat satu kluster jangkitan COVID-19 melibatkan majlis perkahwinan di Bandar Baru Bangi yang membentuk jangkitan hingga generasi ke 5.

Cekidot!  Penjualan E-Iftar, E-Bazar, Pandu Lalu Atau Tempah Dan Ambil Tidak Dibenarkan Ketika Bulan Ramadan

Sehingga 6 April, 88 kes positif dari kluster ini termasuk 1 di ICU dan setakat ini belum ada kes kematian dilaporkan.

Beliau turut berpesan agar orang ramai tidak mendiskriminasikan pesakit COVID-19 daripada mana-mana kluster.

KOMEN FACEBOOK
KONGSI
Artikel sebelum ini
Artikel seterusnya