Booking.com

KKM Mendedahkan Wujudnya Kes Sporadik Covid-19 Yang Tidak Diketahui Dari Mana Punca Jangkitan

Menurut Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, sememangnya wujud kes sporadik COVID-19, iaitu tidak diketahui mana asal-usul jangkitan itu.

Dalam sidang media harian Kementerian Kesihatan pada Selasa, beliau berkata, jumlah kes sporadik yang dicatatkan adalah sebanyak 69 kes daripada keseluruhan 3,963 kes di negara ini.

Kes sporadik itu dikesan selepas 8,025 disaring berdasarkan ILI (Influenza-Like Illness) dan SARI (Severe Acute Respiratory Infection). Atas sebab itu beliau berkata, amat penting untuk kesemua pesakit yang mempunyai simptom ILI dan SARI, diperiksa dan dirawat sebagai kes COVID-19, sehingga dibuktikan sebaliknya.

Inilah antara betapa bahayanya pembawa senyap. Kita mungkin tidak menyedari kita telah mempunyai jangkitan Covid-19 namun tidak menunjukkan sebarang gejala. Kita mungkin menyebarkan melalui sentuhan di pam minyak, pemegang pintu kedai, troli di pasaraya dan sebagainya tanpa sedari, dan menjangkiti orang lain. Orang yang dijangkiti itu berkemungkinan menunjukkan gejala ILI dan SARI, dan apabila disahkan positif Covid-19 tidak tahu dari mana dia dijangkiti.

Cekidot!  Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Sungai Lui Hulu Langat

Oleh yang demikian, pihak kementerian mengarahkan agar petugas kesihatan yang berhadapan dengan pesakit mempunyai simptom ILI dan SARI, untuk memakai kelengkapan perlindungan sewajarnya, dan arahan itu termasuk kepada pusat perubatan dan klinik swasta.

KOMEN FACEBOOK

TINGGALKAN KOMEN

Masukkan komen anda!
Masukkan nama anda

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.