Kuiz Nama Airport Di Malaysia

    262
    KLIA

    Malaysia ada 58 buah lapangan terbang (36 buah di Malaysia Timur dan 22 buah di Semenanjung Malaysia).

    Antaranya, 37 buah lapangan terbang ada perkhidmatan penumpang berjadual dengan penerbangan komersial. Selain itu, Malaysia ada 8 buah lapangan terbang antarabangsa.

    Sejauh manakah pengetahuan korang tentang airport di Malaysia?


    Question 1 of 8.

    Apakah nama airport di Ipoh?

    1. Lapangan Terbang Sultan Iskandar Shah
    2. Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah
    3. Lapangan Terbang Gunung Rapat
    4. Lapangan Terbang Sultan Idris Shah
    5. Lapangan Terbang Antarabangsa Ipoh
    Question 2 of 8.

    Apakah nama airport TUDM di Kuantan?

    1. Lapangan Terbang Sultan Abu Bakar
    2. Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah
    3. Lapangan Terbang Sultan Muadzam Shah

    Pangkalan Udara TUDM Kuantan adalah sebuah pangkalan udara milik Tentera Udara Diraja Malaysia. Pangkalan yang terletak 16 km di barat daya Kuantan ini telah ditubuhkan secara rasminya pada 24 Jun 1968. Sebahagian pangkalan udara ini turut digunakan oleh penerbangan awam dan dikenali sebagai Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah.

    Question 3 of 8.

    Apakah nama airport swasta di Teluk Intan?

    1. Lapangan Terbang United Plantations
    2. Lapangan Terbang Jendarata
    3. Lapangan Terbang Teluk Intan
    4. Lapangan Terbang Teluk Anson

    Lapangan Terbang Jendarata ialah sebuah lapangan terbang swasta terletak di Jendarata dekat bandar Teluk Intan, Perak. Lapangan terbang ini dimiliki oleh syarikat tanaman, United Plantations Berhad, yang memulakan usaha niaga mereka dalam tanaman dengan pembukaan ladang ini pada 1906.

    Tiada penerbangan terjadual ke lapangan terbang ini. Lapangan terbang ini hanya digunakan dengan kerap oleh pesawat swasta. Lapangan Terbang Jendarata juga digunakan oleh sekolah penerbangan seperti Royal Selangor Flying Club.

    Question 4 of 8.

    Apakah nama airport di Kelantan?

    1. Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra
    2. Lapangan Terbang Cik Siti Wan Kembang
    3. Lapangan Terbang Serambi Mekah
    4. Lapangan Terbang Kota Bharu

    Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra merupakan lapangan terbang ke-5 tersibuk dalam Semenanjung Malaysia selepas Kuala Lumpur, Penang, Langkawi, Johor Bahru dan lapangan terbang ke-8 tersibuk di Malaysia.

    Question 5 of 8.

    Apa nama airport di Mukah?

    1. Lapangan Terbang Sarikei
    2. Lapangan Terbang Limbang
    3. Lapangan Terbang Long Akah
    4. Lapangan Terbang Simanggang
    5. Lapangan Terbang Tanjung Manis

    Lapangan Terbang Tanjung Manis adalah sebuah lapangan terbang yang dahulunya terletak di Sarikei, sebuah pekan dalam negeri Sarawak. Kini ianya terletak di Mukah, setelah persempadanan semula Bahagian Mukah dan Sarikei.

    Question 6 of 8.

    Antara airport berikut, yang mana BUKAN terletak di Sabah?

    1. Lapangan Terbang Bario
    2. Lapangan Terbang Layang-Layang
    3. Lapangan Terbang Tommanggong
    4. Lapangan Terbang Kota Belud
    5. Lapangan Terbang Long Pasia

    Lapangan Terbang Bario adalah sebuah lapangan terbang yang terletak di pedalaman bandar Miri, Sarawak. Lapangan ini bersaiz kecil khusus untuk pesawat penumpang MASwings Twin Otter.

    Pada 4 Mac 2009, pesawat MASwings Twin Otter terkeluar dari lapangan terbang Bario. Seramai 14 penumpang menaiki pesawat MH3434 itu cemas kerana kapal terbang itu berhenti di atas rumput di tepi landasan.

    Question 7 of 8.

    Apakah nama airport di Terengganu?

    1. Lapangan Terbang Sultan Zainal Abidin
    2. Lapangan Terbang Sultan Mizan
    3. Lapangan Terbang Sultan Mahmud
    4. Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah

    Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Mahmud adalah sebuah lapangan terbang yang menguruskan penerbangan dari dan ke Kuala Terengganu, Terengganu. Lapangan terbang ini terletak 15km dari pusat bandaraya Kuala Terengganu yang menghadap Laut China Selatan.

    Nama lapangan terbang ini adalah diambil bersempena dengan nama Sultan Terengganu yang ke-16, Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah, baginda memerintah negeri Terengganu dari tahun 1978 sehingga tahun 1998.

    Question 8 of 8.

    Apakah nama airport di Alor Setar?

    GUESS
    I give up

    Next question 1 of 8

    All 8 questions completed!


    Share results:

    Kuiz Nama Airport Di Malaysia

    Want more stuff like this?

    Get the best viral stories straight into your inbox!
    Don`t worry, we don`t spam
    KOMEN FACEBOOK
    KONGSI
    Artikel seterusnyaKuiz Nama Tempat Pelik Di Malaysia

    TINGGALKAN KOMEN

    Masukkan komen anda!
    Masukkan nama anda

    This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.