Kuiz Nama Tempat Pelik Di Malaysia

    453

    Pelik nau nama-nama tempat ni. Saper la yang bagi nama. Ada ker korang yang duk kat tempat-tempat ni? Ada lagi nama tempat yang lebih pelik dari ni?

    Cer korang teka di negeri mana tempat-tempat ni terletak?


    Question 1 of 12.

    Jalan Hang Isap terletak di mana?

    1. Melaka
    2. Selangor
    3. Perak
    4. Johor
    5. Kuala Lumpur
    Question 2 of 12.

    Jalan Baru Jumpa terletak di mana?

    1. Tambunan, Sabah
    2. Bintulu, Sarawak
    3. Sibu, Sarawak
    4. Tenom, Sabah
    5. Samarahan, Sarawak

    Jalan Baru Jumpa yang berlokasi di Kampung Baru Jumpa terletak kira-kira 25 kilometer dari pekan Tenom, yang sebahagian besarnya dihuni masyarakat etnik Lundayeh, kini merupakan sebuah kampung yang maju dan menjadi kampung contoh dan terkenal dengan hasil pertaniannya seperti padi, koko dan getah.

    Question 3 of 12.

    Jalan Microwave terletak di mana?

    1. Highway Kota Kinabalu - Sandakan
    2. Jalan Kampar - Malim Nawar
    3. Jalan Dengkil - Kota Warisan
    4. Jalan Temerloh - Chenor
    5. Jalan Seri Menanti - Kuala Pilah

    Pengguna jalan raya memandu di sepanjang 350km yang sunyi jalan antara Kota Kinabalu dan Sandakan sentiasa boleh bergantung kepada tanda jalan raya untuk mentertawakan mereka: Jalan Microwave di KM177.

    Question 4 of 12.

    Kampung Atas Tol terletak di mana?

    1. Kuantan, Pahang
    2. Pengkalan Chepa, Kelantan
    3. Kuala Terengganu, Terengganu
    4. Segamat, Johor
    5. Gopeng, Perak

    Mengikut cerita orang-orang tua, penduduk di sini pada zaman tersebut tinggal di beberapa penempatan secara berkelompok, di pinggir tanah gersang yang terbentang luas, berpasir, tidak sesuai untuk tujuan bercucuk tanam dan sukar mendapatkan sumber air.

    Tanah gersang yang tidak bernama itu sekadar disebut ‘di atas itu’ atau ‘atas tu’ sahaja, lama kelamaan ia telah menjadi bahan percakapan dan akhirnya panggilan ‘ATAS TU’ atau ‘ATAS ITU’ disebut dengan Atas Tol pada 1924 semasa penasihat British yang pertama iaitu Humpreys memperkenalkan sistem daerah buat pertama kalinya.

    Question 5 of 12.

    Kampung Imam Lapar terletak di mana?

    1. Kuala Berang, Terengganu
    2. Jeniang, Kedah
    3. Pontian, Johor
    4. Tanah Merah, Kelantan
    5. Parit, Perak

    Kampung Imam Lapar terletak kira-kira 23 kilometer dari Kuala Terengganu dan kira-kira 22 kilometer dari Kuala Berang. Lokasinya juga tidak sukar untuk dicari kerana terletak di tepi jalan utama antara Kampung Besah dan Kampung Kuala Telemong.

    Ada sebuah kisah menceritakan, terdapat pedagang ke surau yang terletak di tepi tebing pengkalan berkenaan dan mendapati imam sedang khusyuk menghafaz al-Quran. Peristiwa itu diceritakan oleh pedagang itu kepada orang lain bahawa dia memberitahu imam, dia lapar, tetapi imam itu terus ‘laper’ (menghafaz) al-Quran. Jadi, dari situlah kemungkinan itulah asal usulnya nama Kampung Imam Lapar ini. Yang pasti bukan imam itu yang lapar, tetapi pedagang itu yang lapar. Sukar dipastikan sejauh mana benarnya cerita itu.

    Question 6 of 12.

    Kampung Cinta Manis terletak di mana?

    1. Pendang, Kedah
    2. Batu Berendam, Melaka
    3. Bentong, Pahang
    4. Skudai, Johor
    5. Bahau, Negeri Sembilan

    Bercinta memang indah dan manis maka diabadikan pada nama sebuah kampung yang terletak di daerah Bentong, Pahang. Jika korang menuju ke bandar Bentong, korang akan menemui kampung ini.

    Question 7 of 12.

    Mambang Di Awan terletak di mana?

    1. Kampar, Perak
    2. Kota Belud, Sabah
    3. Setiu, Terengganu
    4. Serian, Sarawak
    5. Genting Highlands, Pahang

    Mengikut seorang pegawai Inggeris bernama George Maxwell, dia menyebut tempat tersebut sebagai Mambang Di Awan kerana tempat berkenaan terdapat seorang mambang atau bidadari yang turun dari Gunung Bujang Melaka. Ada juga yang mengatakan ia bermula dengan sekumpulan pelombong bijih timah yang telah bekerja keras sepanjang hari dan apabila mereka berehat, mereka ternampak bidadari di awan-awan kerana keletihan mereka, oleh itu, dapat disimpulkan bahawa nama Batang Tonggang kemudian menjadi Mambang Di Awan.

    Question 8 of 12.

    Kampung Desa Temu Jodoh terletak di mana?

    1. Gemas, Negeri Sembilan
    2. Bukit Kayu Hitam, Perlis
    3. Segamat, Johor
    4. Ijok, Selangor
    5. Mentakab, Pahang

    Tempat ini dikatakan mendapat nama sempena majlis perkahwinan secara serentak membabitkan 24 pasangan suami isteri, yang kebanyakannya peserta Rancangan Tanah Muda kelolaan kerajaan negeri Johor. Perkampungan ini dibuka kira-kira 30 tahun lalu dan ia dulu dikenali sebagai Rancangan Tanah Pemuda Kampung Sungai Lenek yang terletak 60 kilometer dari bandar Segamat dan 20 km dari daerah Yong Peng.

    Question 9 of 12.

    Kota Sarang Semut terletak di mana?

    1. Jalan Yan - Kuala Kedah
    2. Jalan Simpang Renggam - Ayer Hitam
    3. Jalan Batu Kikir - Kuala Pilah
    4. Jalan Kerling - Batang Kali
    5. Jalan Chemor - Sungai Siput

    Riwayat menceritakan bahawa terdapat seorang raja bernama Raja Sulaiman telah lalu di tempat ini dengan sekumpulan lelaki dan juga gajah. Semut, yang takut busut mereka akan dimusnahkan oleh kumpulan itu, menangis simpati dan didengari oleh Raja Sulaiman. Beliau kemudian memberi amaran kepada rombongannya agar tidak memusnahkan busut tersebut. Dari satu lagi riwayat Langkasuka, kota ini dipanggil Kota Sereng Semut. Ia tidak bersangkut paut dengan sarang semut. 'Sereng' bermaksud askar tinggal, manakala 'Semet' membawa maksud askar semua. Oleh itu pengertiannya ialah kota yang ditinggalkan oleh askar.

    Question 10 of 12.

    Kampung Buntut Pulau terletak di mana?

    1. Lumut, Perak
    2. Balik Pulau, Pulau Pinang
    3. Kuala Perlis, Perlis
    4. Mersing, Johor
    5. Temerloh, Pahang

    Kampung Buntut Pulau adalah nama kampung yang unik. Mungkin disebabkan kampung tersebut terletak di belakang Pulau Temerloh di tengah-tengah Sungai Pahang itu.

    Question 11 of 12.

    Kampung Paya Berenjut terletak di mana?

    1. Endau, Johor
    2. Chukai, Terengganu
    3. Kampar, Perak
    4. Gua Musang, Kelantan
    5. Muar, Johor

    Kampung ini terletak di Chukai, Terengganu. Asal usul nama kampung ini tidak diketahui tetapi ada yang berkata keadaan muka bumi di sini tidak landai dan berenjut-enjut.

    Question 12 of 12.

    Kampung Parit Jerman terletak di mana?

    1. Parit, Perak
    2. Pontian, Johor
    3. Parit Sulong, Johor
    4. Parit Raja, Johor
    5. Parit Jawa, Johor

    Asal nama Kampung Parit Jerman sudah ada sebelum Jepun datang menduduki Tanah Melayu. Sebelum Perang Dunia Kedua, Jerman sudah menjadikan kampung itu sebagai laluan perdagangan getah dan nanas. Pedagang Jerman tersebut menetap di Sungai Peradin yang berhampiran dan mengusahakan tanaman seperti nanas, kelapa dan getah di kawasan ini dan menjadikan jalan kampung ini sebagai laluan utama mereka. Disebabkan itu, penduduk tempatan memberi nama Parit Jerman sehingga nama tersebut kekal diguna pakai hingga ke hari ini.

    Kampung Parit Jerman yang terletak berdekatan Kampung Belokok, lebih kurang lima kilometer dari Pekan Peradin didiami 100 penduduk terdiri daripada masyarakat Jawa, Bugis dan Banjar.

    Kesan tinggalan kedatangan pedagang Jerman itu masih ada sampai hari ini misalnya jeti, pusat pemunggahan barang serta rel yang digunakan untuk memindahkan barang di Sungai Peradin.

    Next question 1 of 12

    All 12 questions completed!


    Share results:

    Kuiz Nama Tempat Pelik Di Malaysia

    Want more stuff like this?

    Get the best viral stories straight into your inbox!
    Don`t worry, we don`t spam
    KOMEN FACEBOOK

    TINGGALKAN KOMEN

    Masukkan komen anda!
    Masukkan nama anda

    This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.