Di zaman yang serba hipster ni, macam-macam menu makanan pelik-pelik yang direka oleh pengusaha-pengusaha cafe dan restoran untuk menarik pelanggan. Kalau kat Malaysia ni pulak, apa saja makanan semua nak kena letak cheese!

Yang itu nak letak cheese, yang ini nak letak cheese. Kalau boleh semua makanan kat Malaysia ni nak letak cheese. Tak salah nak improvise, tapi tolonglah jangan musnahkan rasa asli makanan tersebut. Sebelum buat menu baru tu apa kata buat research dulu barulah orang ramai berminat nak beli sebab bukan semua makanan sesuai diletakkan cheese.

Korang tengok jer lah makanan-makanan ni, semua nak letak cheese, what the fish??

1. Lemang Cheese

Lemang tu dah berlemak. Tambah lagi dengan cheese. Hancur mood raya dik kalau makan ni hahaha…

2. Koay Teow Cheese

Cer bayangkan, makanan pedas-pedas panas-panas dihidangkan dengan cheese. Ewww macam tak masuk langsung!

3. Maggi Goreng Cheese

Tengok jer pun macam pelik. Puas dok bayangkan macam mana laMaggi goreng ni dihiidangkan dengan Mozzarella cheese. Kedai mamak mana la yang buat hal ni… ish ish ish!

4. Bihun Cheese

Bukan setakat koay teow dan maggi goreng jer, bihunpun nak dicheesekan. Berkuah dan melekit-lekit. Kembang tekak jadinya!

5. Nasi Goreng Cheese

Nasi goreng tak ketinggalan jadi mangsa hipster, ditabur dengan cheese. Kalau pisang goreng tu boleh terima lagi, tapi yang ni… hmmm!

6. Rojak Cheese

Rojak yang dah sedia sedap tak payah la nak dirosakkan dengan cheese. Tak kira la rojak buah mahupun rohak mee. Memang tak sesuai sangatlah. Kau faham tak?

7. Keropok Lekor Cheese

Udah udah lah tu setakat fishball dan sosej nak makan dengan cheese. Tak payahlah musnahkan keaslian keropok lekor yang dah cukup sedap dicicah dengan kuah originalnya ketika panas.

8. Biskut Bangkit Cheese

Biskut atau kuih bangkit ni adalah biskut turun temurun yang popular menjelma musim raya. Rasanya yang berlemak tu dah cukup membangkutkan selera. Ditambah pulak cheese maka hilanglah keaslian rasa kuih tradisional ni. Tak bangkit selera nak makan.

9. Nasi Lemak Cheese

Rasa macam nak kasi penampar jer. Sangat tak boleh terima. Nasi lemak digabungkan dengan cheesecake. Makan kek dengan topping sambal dan ikan bilis. Tak terasa muak dan pelik ker?


Apa pandangan korang? Korang pernah jumpa juadah lokal yang di’rosak’kan oleh hipster tak bertempat? Jom bincangkan!

Sila SHARE kepada semua supaya lebih ramai bermanfaat.

Follow Jelajah Maya untuk perkongsian menarik sekitar alam maya.

KOMEN FACEBOOK

TINGGALKAN KOMEN

Masukkan komen anda!
Masukkan nama anda