Mesin ATM Beras Percuma Untuk Rakyat Memerlukan Di Vietnam

Wabak Covid-19 yang melanda membawa kesan yang besar terutamanya kepada ekonomi rakyat yang rata-ratanya terjejas hampir seluruh dunia ketika ini.

Bagi membantu golongan rakyat yang berada dalam kesempitan, terdapat pihak yang mengambil inisiatif menyediakan beras secara percuma di Vietnam.

Menerusi perkongsian seorang individu menggunakan akaun LunaOi_VN di Twitter, mereka yang memerlukan beras hanya perlu menekan butang yang disediakan di ATM.

Kemudiannya, beras sebanyak 1kg akan keluar pada satu-satu masa melalui paip yang telah tersedia.

Pencipta mesin itu berkata, idea ini timbul selepas melihat ramai orang yang mendermakan beras dalam tempoh wabak Covid-19 ini melanda negaranya.

Mesin beras ATM ini beroperasi selama 24 jam.

KOMEN FACEBOOK
Cekidot!  Cara Buat Duit Tanpa Modal Mempromosi Produk Online
KONGSI
Artikel sebelum ini
Artikel seterusnya