Booking.com

KKM telah mengesahkan terdapat 17 kes positif jangkitan COVID-19 di Menara City One, Jalan Munshi Abdullah, Kuala Lumpur.

Mengambil kira jumlah kes tersebut, kerajaan atas nasihat Menteri Kesihatan telah memutuskan untuk melaksanakan arahan ketiga Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (Enhanced Movement Control Order).

Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) ini melibatkan 3,200 orang penghuni di 502 unit kondominium dan premis perniagaan di menara itu. Perintah ini akan berkuatkuasa mulai 31 Mac 2020 hingga 13 April 2020.

Tujuan PKPD dilaksanakan adalah untuk membendung jangkitan COVID-19 daripada menular keluar. Langkah ini akan membolehkan aktiviti pengesanan kes dari unit ke unit dilaksanakan sepanjang tempoh 14 hari.

Dengan pelaksanaan perintah ini:

  • Semua penghuni tidak dibenarkan keluar dari kawasan PKPD sepanjang tempoh perintah dikuatkuasakan.
  • Bukan penghuni dan pelawat tidak dibenarkan masuk ke kawasan tersebut sepanjang tempoh perintah dikuatkuasakan.
  • Semua aktiviti perniagaan dihentikan kecuali premis barangan keperluan (essentials) di menara tersebut.
  • Penghuni boleh membuat pesanan makanan yang boleh dihantar di lobi keselamatan pintu utama menara.
  • Pangkalan Perubatan (Medical Base) akan dibuka di kawasan PKPD.
  • Semua laluan keluar masuk kawasan PKPD ditutup.
  • Bagi memastikan pematuhan perintah ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) akan mengawal seluruh kawasan.
Cekidot!  Netizen Berang Direct Debit Pelik CIMB Menolak Duit Bertalu-Talu

Bagi pelaksanaan perintah ini, semua penghuni diminta untuk bertenang dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada petugas-petugas dari KKM serta mematuhi semua arahan pihak berkuasa.

Penghuni yang memerlukan bantuan atau mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian khas 03-2694 3243/ 03-4026 7222 atau 013-329 5141.

KOMEN FACEBOOK

TINGGALKAN KOMEN

Masukkan komen anda!
Masukkan nama anda

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.