Booking.com

“PKP Harus Disambung Atau Tidak? Kita Akan Menilai Pada Hari Ke 10” – Dr Noor Hisham

Saban hari kita dapat lihat peningkatan jumlah pesakit Covid-19 yang pulih dan dibenarkan pulang ke rumah. Terkini, jumlah keseluruhan yang diumumkan oleh Dr Noor Hisham adalah 767 kes yang pulih setakat 2 April 2020.

Walaubagaimanapun, dalam sidang media yang disampaikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan itu memberitahu walaupun ada tanda awal pemulihan, namun ia masih awal untuk membuat kesimpulan.

“Dalam tempoh dua minggu Perintah Kawalan Pergerakan ini, kita akan menilai semula keberkesanan pada hari ke-10 sama ada perlu disambung atau sebaliknya.”

Jadi, sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, kita hendaklah mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan dengan mengawal penjarakkan sosial dan menjaga kebersihan diri.

KOMEN FACEBOOK
Cekidot!  Bantuan Prihatin Nasional
KONGSI
Artikel sebelum ini
Artikel seterusnya