BATU PAHAT – Ramai dok sebut-sebut ada tempat menarik terbaru untuk port makan dan lepak santai seisi keluarga di Sungai Lurus, Senggarang. Macam-macam ada di sini termasuklah steamboat, goreng2 ala mamak, asam pedas dan lain-lain. Sebelah kiri masih ada kedai2 lama yang popular dengan kerang bakar sambal, satay dan makanan goreng2. Sebelah malam ada masakan belangkas.

Kalau nak datang melepak sambil menikmati keindahan laut boleh jer duduk atas batu atau jeti lama, juga tempat orang memancing.

Kalau nak datang ke sini, dari Parit Raja tu, masuk Parit Karjo, terus je sampai simpang Senggarang, lepas tu belok kanan, terus dalam 5 ke 6 minit nampak papan tanda Pusat Belajar Memandu, depan tu ada gerbang dan tugu kerang. Masuk kiri ke jalan Sungai Lurus tu, dalam 5 ke 10 minit sampai la di sini.

↗ Sila SHARE kepada semua yang nak try makan dan lepak di sini!

KOMEN FACEBOOK

TINGGALKAN KOMEN

Masukkan komen anda!
Masukkan nama anda

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.