Restoran Lada Sulah – Mini Meals Cuma RM1.50 Saja Oii!!

Percaya dak kalau nak bagitau ada tempat makan ni menunya serendah RM1.50 jer sepinggan? Betoi ni tak tipu!

Restoran Lada Sulah ni memperkenalkan konsep Mini Meals. Pelbagai menu menarik sepinggan dari RM1.50 jer, yang paling mahalpun RM5 jer. Boleh pilih-pilih ambil pelbagai jenis. Yang jenis makan sikit tu cukup la satu dua pinggan. Yang jenis mentekedarah tu boleh pilih dari 22 menu yang tersedia!

Antara menu yang best termasuklah Nasi Ayam Sunquick, Nasi Lemak Internasional, Samyang Ramen, Sushi, Indo Mee With Poached Egg, Korean Spicy Wing, Tomyam Noodle, Nasi Kerabu Kecek Kelate, Cheezy Meatball, Roti Bakaq Teloq Melekit, Grill Platter, Spring Roll Musim Luruh, Udang Lipan Mak Mertua, Ketam Anak Cucu dan lain-lain.

Restoran Lada Sulah

Lokasi: No 7, Kompleks Wakaf Seetee Aisah, Jalan Seetee Aisah, Seberang Jaya
Operasi: Isnin-Khamis (11.30am-3pm & 5pm-10pm), Jumaat (3pm-10pm), Sabtu-Ahad (11.30am-10pm)
Hubungi: 0113-9034310 / 017-4906122

Cekidot!  Ramadhan Special FoodCourt Ala Ala Bazaar Ramadhan Di Singgah Sat

↗ Sila SHARE kepada semua orang Tanjong!

KOMEN FACEBOOK

TINGGALKAN KOMEN

Masukkan komen anda!
Masukkan nama anda