Rumah Mak Embun Percutian Inspirasi Rumah Tradisional
Nikmati keindahan rumah tradisional di sini. Inspirasi di sebalik homestay ini memang menarik sebab ia merupakan rumah pusaka yang hampir roboh, dibangunkan semula dan dijaga rapi oleh anggota keluarga arwah Mak Embun. Lebih menarik, binaan chalet ini pula menggunakan kayu terpakai dari rumah-rumah Melayu lama.
Ia berupaya menampung pengunjung sehingga 40 orang pada satu-satu masa. Sesuai sangat bagi mereka yang merancang untuk menjalankan aktiviti Hari Keluarga dalam suasana kampung yang unik ini.
Rumah Mak Embun
Lokasi: Lorong Haji Khamis, 75460 Telok Mas, Melaka
Hubungi: 012-3003266
KOMEN FACEBOOK