LANGKAWI – Perjalanan yang mengasyikkan dilambung ombak akan lebih mengujakan setibanya anda di jeti Pulau Tuba. Pulau yang masih terpelihara keaslian alam persekitarannya dengan suasana mendamaikan dan keindahan pantai serta desiran ombak memukau para pelancong yang datang ke Pulau Tuba.

Tuba Beach Resort menjadi tarikan utama para pelancong dalam dan luar negara kerana lokasinya terletak di pantai tercantik di Langkawi dengan permandagan yang menakjubkan ketika matahari terbit. Mini resort ini berada bersebelahan jeti terpanjang di langkawi dengan pemandangan yang sangat mengujakan dan suasana damai yang memukau.

Pengunjung juga dapat memancing di jeti bersebelahan resort yang menjadi tarikan utama para pelancong dan tidak terlepas peluang menjalani aktiviti semula jadi (nature activity) seperti menangkul ketam, menjala udang, mencandat sotong mencari kepah dll.

Tuba Beach Resort

Lokasi: Kg Tepi Laut, Jeti Lama Pulau Tuba Langkawi
Klik SINI untuk booking!

Sila SHARE kepada yang teringin nak menginap di sini!

KOMEN FACEBOOK

TINGGALKAN KOMEN

Masukkan komen anda!
Masukkan nama anda