Tiada Bil Elektrik Fizikal Dihantar Ke Rumah Sepanjang PKP Semak Secara Online

Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah pun mengumumkan di laman Facebook mereka, TNB Careline bahawa operasi bacaan meter dan penghantaran bil fizikal di premis akan dihentikan sementara waktu dari 20-31 Mac 2020 demi keselamatan korang dan warga kerja TNB.

Untuk pengetahuan korang, pelanggan yang menerima bil pada tarikh 20-31 Mac akan dikira secara anggaran berdasarkan penggunaan sebelumnya. Sebagai contoh, sekiranya korang menerima bil bulan sebelumnya sebanyak RM100, bil terkini juga akan dianggarkan sebanyak RM100.

Bil tersebut akan diselaraskan apabila pembaca meter mereka mengambil bacaan sebenar di premis pada bulan hadapan (bergantung kepada keadaan semasa).

Oleh yang demikian, bil fizikal bagi tarikh-tarikh tersebut tidak akan diserahkan ke rumah korang. Salinan bil terkini boleh didapati melalui portal myTNB di www.mytnb.com.my atau aplikasi myTNB yang boleh dimuat turun dari Google Play Store atau App Store.

CARA SEMAK BIL TNB ONLINE

Bagi anda yang risaukan kenaikan bil TNB ini, anda boleh semak bil elektrik anda secara online melalui applikasi myTNB.

Walaupun rumah sewa, anda masih boleh gunakan applikasi ini dengan syarat anda dapatkan IC pemilik rumah terlebih dahulu untuk pengesahan.

Caranya mudah sahaja:

1 – Muat Turun Aplikasi myTNB

Sila download applikasi myTNB terlebih dahulu di Google Play atau App Store.

2 – Daftar Sebagai Pengguna

  • Klik “Register”
  • Isi maklumat seperti nama, nombor IC, nombor telefon
  • Masukkan PIN yang dihantar menerusi SMS untuk pengesahan
Cekidot!  “PKP Harus Disambung Atau Tidak? Kita Akan Menilai Pada Hari Ke 10” – Dr Noor Hisham

3 – Tambah Bil TNB

Sekiranya nombor kad pengenalan anda telah didaftarkan ke mana-mana akaun TNB, maka sistem secara automatik akan memaparkan akaun anda.

Namun jika anda penyewa rumah, anda boleh tambah akaun TNB secara manual (rujuk gambar di bawah)

  • Adakah akaun ini didadfarkan menggunakan IC anda? Pilih NO
  • Adakah anda berhak untuk tengok kesemua maklumat akaun ini? Pilih NO
  • Isi maklumat yang diperlukan
  • Klik tambah akaun

Selain itu, anda boleh juga scan bil elektrik anda untuk tambah akaun dengan lebih mudah.

4 – Papar Bil

Selesai tambah akaun barulah anda boleh semak bil TNB online termasuk bil semasa dan bil terdahulu.

Rekod pembayaran bil turut dipaparkan.

5 – Pembayaran Bil TNB Secara Online

Anda kemudian boleh membuat pembayaran terus melalui myTNB App.

Pembayaran boleh dibuat menggunakan kad kredit / debit atau boleh juga dibayar menggunakan online banking (FPX).

Aplikasi MyTNB

Untuk info lanjut tentang myTNB App sila rujuk portal rasmi https://www.mytnb.com.my/

Semoga perkongsian ini memudahkan kerja-kerja pembayaran bil elektrik anda.

Cekidot!  Caj RM1 di Mesin ATM (MEPS) Dikecualikan Hingga Akhir PKP
KOMEN FACEBOOK

TINGGALKAN KOMEN

Masukkan komen anda!
Masukkan nama anda

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.