Tiada Caj Tambahan Buat Peminjam Sewa Beli Konvensional Dan Shariah Sepanjang Moratorium

Beberapa hari lalu agak kecoh apabila Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan peminjam sewa beli dan pembiayaan Islam berkadar tetap yang tertakluk kepada moratorium turut dikenakan faedah sepanjang 6 bulan.

Pengumuman yang dibuat ini sekaligus menimbul rasa tidak puas hati buat orang ramai melihatkan kepada situasi semasa ditambah pula dengan moratorium yang baru sahaja berlangsung seawal April 2020.

Terbaharu, Menteri Kewangan Malaysia, YB Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada hari ini telah mengumumkan tiada caj tambahan dikenakan atas bayaran ansuran perjanjian sewa beli konvensional mahupun shariah.

Pengumuman yang dibuat ini sekaligus bakal meringankan beban para peminjam khususnya mereka yang terkesan dengan penularan wabak COVID-19.

KOMEN FACEBOOK
Cekidot!  Bekas Pesakit COVID-19 Kongsi Pengalaman 5 Hari Dirawat Di ICU
KONGSI
Artikel sebelum ini