Virus COVID-19 Dikesan Di Permukaan Badan, Organ Dalaman, Air Kencing & Cecair Badan Mayat Hasil Bedah Siasat

Institut Perubatan Forensik Negara telah menjalankan bedah siasat terhadap mayat COVID-19 di bawah Seksyen 16 Akta Kawalan Penyakit Berjangkit 1988, iaitu Akta 342.

Melalui analisa real time polymerase chain reaction yang dijalankan, penemuan bedah siasat mendapati terdapat virus COVID-19 dikesan pada permukaan badan mayat. Virus juga dikesan dalam organ dalaman, air kencing dan cecair badan.

Penemuan baharu tersebut adalah selaras dengan pandangan yang dikemukakan oleh KKM sebelum ini. Ia turut dipersetujui oleh Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia yang telah bersidang pada 15 Mac 2020 serta Majlis Rundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoise pada 15 Mac 2020.

Tatacara tersebut merangkumi pengurusan jenazah Islam di mana hanya dibenarkan untuk ditayammum di atas permukaan beg jenazah, manakala bagi mayat bukan Islam, apa-apa upacara keagamaan dan tradisi hanya dibuat di atas permukaan beg mayat.

KOMEN FACEBOOK
Cekidot!  PandaiBot Telegram Memang Pandai Segala Macam

TINGGALKAN KOMEN

Masukkan komen anda!
Masukkan nama anda

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.