Warung Bunian – Terlalu Femes Sampai Kena Reserve Untuk Sarapan!

Memang tak sangka kat ceruk pendalaman ni ada sebuah warung kecil yang sangat popular!

Warung Tapak Sulaiman namanya tapi lebih dikenali ramai dengan nama Warung Bunian!

Nak sarapan di sini KENA BUAT TEMPAHAN yer! Dan selalunya pukul 8 lebih dah habis!! Punya la dasyat. Orang memang sentiasa ramai di sini.

Menu-menu di sini simple tapi lazat, dan yang paling poluar untuk sarapan adalah Nasi Lemak Telur Bungkus, dan roti canai yang ditebar oleh ownernya sendiri. Sarapan disediakan setiap hari. Makan tengahari pula disediakan pada hari Isnin, Selasa, Rabu, Khamis dan Sabtu sahaja.

Untuk menu makan tengahari dekat Warung Bunian ni, kita bagitau jer nak minum air apa dan makan untuk berapa orang, tak payah pening2 nak makan lauk apa sebab semuanya dah disediakan. Semua orang yang datang ke Warung Bunian tu akan makan menu yang sama. Kiranya kalau datang hari Isnin, semua yang datang hari Isnin akan makan menu yang sama.

Menu setiap hari untuk makan tengahari memang berbeza-beza:

  • Isnin/Khamis: Gulai Ketam, Ikan Kicap, Ayam Goreng dan Sayur
  • Selasa: Gulai Udang Galah, Sambal Ayam, Ikan Goreng dan Sayur
  • Rabu: Gulai Ayam Kampung, Sambal Udang, Sambal Terung dan Ikan Masin Goreng
  • Sabtu: Salah satu menu di atas

Warung Tapak Sulaiman / Warung Bunian

Lokasi: No. 80 A, Jalan Jamaluddin, Desa Putra, Sungai Merab, Kajang, Selangor
Operasi: Setiap hari
Hubungi/Tempahan: 017-3812246

↗ Sila SHARE kepada semua yang nak sarapan di sini!

KOMEN FACEBOOK

TINGGALKAN KOMEN

Masukkan komen anda!
Masukkan nama anda

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.