Banyak perkara perlu difikirkan bila nak travel. Pemilihan beg travel bukanlah isu yang besar bagi yang kerap ke luar negara. Namun, ianya satu perkara yang merunsingkan bagi mereka yang amatur atau belum pernah ke luar negara.

Jenis beg travel yang sesuai bergantung kepada jenis travel itu sendiri. Ianya juga bergantung kepada tempoh dan lokasi travel.

Berikut adalah panduan memilih beg travel yang sesuai:

1Saiz Beg

Menyesuaikan saiz beg dengan kapasiti barang adalah perkara yang paling penting. Untuk percutian berbulan madu misalnya, memadai beg travel yang bersaiz sederhana. Tak perlu bagasi yang besar seorang satu kerana akan menyusahkan sepanjang percutian.

2Berat Beg

Setiap kali packing, selalunya tiada ruang kosong dan melepasi had berat beg yang dibenarkan. Caj overweight kadangkala sangat mahal. Oleh yang demikian, pilihlah bagasi yang ringan. Pastikan ketika anda membeli beg, beli beg yang beratnya sama seperti yang tertulis pada tag beg tersebut.

3Material Beg

Terdapat 3 jenis material utama: polypropylene, polycarbonate & ABS Luggage.

  • Polycarbonate: Thermoplastic yang mengandungi karbon. Ia lebih ringan daripada kebanyakan bagasi aluminium, kalis calar dan lebih sukar untuk retak atau pecah semasa travel.
  • ABS (acrylonitrile-butadiene-styrene) lebih ringan daripada polycarbonate, tetapi kurang tahan lama. Ini membuatkan beg ABS lebih murah.
  • Polypropylene merupakan material plastik paling ringan dalam pasaran pada hari ini.

Pastikan beg yang bakal dibeli kalis air sekiranya anda merancang untuk melakukan aktiviti air seperti island hopping atau snorkeling. Tidaklah barang anda basah nanti.

4Tahan lasak

Sebelum membeli bagasi, pastikan untuk beri keutamaan kepada 3 faktor ini iaitu struktur, fabrik dan kalis air. Ketiga-tiga faktor ini memainkan peranan untuk menjadikan beg itu tahan lasak.

5Waranti

Sebelum membeli sesuatu beg, pastikan bertanya mengenai waranti terlebih dahulu. Ada jenama yang mempunyai reputasi lifetime warranty sebagai testimoni awal kualiti dan ketahan jenama bag mereka.

Link Penginapan Travel Murah

9IKUT NEGERI

💥 Kedah

💥 Perak

💥 Selangor

💥 Penang

💥 Negeri Sembilan

💥 Melaka

💥 Johor

💥 Pahang

💥 Terengganu

💥 Kelantan

KOMEN FACEBOOK

TINGGALKAN KOMEN

Masukkan komen anda!
Masukkan nama anda

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.