6 Restoran Korean BBQ Halal Sekitar Lembah Kelang

Tidak dinafikan, selain makanan Barat dan makanan Thai, makanan Korea juga merupakan makanan luar yang kena dengan citarasa orang kita. Tambah pula dengan pengaruh K-pop dan K-drama, lagilah ramai mahu mencuba makanan Korea! Namun, memang mencabar iman betul kerana barbeku Korea kebiasaannya menggunakan bahan-bahan yang tidak halal.

Jadi, berikut disediakan senarai restoran Korea BBQ yang halal, asli dan sedap buat anda. Jom cuba BBQ Korea yang halal dan lazat di restoran di sekitar Lembah Klang ini. Pasti puas hati!

1GoGung Korean Restaurant

GoGung Korean Restaurant yang berlokasi di Empire Subang ini menawarkan daging premium yang halal dan berkualiti tinggi seperti daging Wagyu Australia dan daging batang pinang.

Daging yang sudah siap diperap dan yang belum diperap turut disediakan. Kepada yang tk gemarkan daging, ada set makanan laut dan ala carte seperti bibimbap dan pajeon.

Lokasi: LG36, Empire Shopping Gallery, Jalan SS16/1, Subang Jaya
Operasi: 11.00 pagi – 10.00 malam (setiap hari)
Hubungi: 03-56128885

2Restoran Bangi Dong

Restoran Bangi Dong yang berlokasi di Rasta TTDI ini tidak asing lagi di kalangan peminat Korean BBQ. Antara daging yang wajib cuba ialah beef prime rib dan beef tongue.

Lokasi: Lot 3052, Jalan Datuk Sulaiman, Kampung Sungai Penchala, Kuala Lumpur
Operasi: 11.00 pagi – 11.00 malam (setiap hari)
Hubungi: 03-89289440

3Sweetree Korean Restaurant

Sweetree Korean Restaurant menyediakan pelbagai hidangan viral seperti ayam goreng disaluti keju, dak-galbi dan bingsu. Wajib cuba di Sweetree adalah daging barbekunya.

Cekidot!  Abu Mubarak Nasi Mandy Setalam Makan Sekampung

Lokasi: Jalan Ampang Putra, Taman Putra Sulaiman, Ampang.
Operasi: 10.30 pagi – 10.30 malam (Rabu hingga Isnin)
Hubungi: 03-42874685

4Yeoju BBQ

Kalau yang minat buffet Korean BBQ, boleh berkunjung ke Yeoju BBQ. Harga serendah RM48 seorang. Menu yang kena cuba adalah Grilled Cheese Oyster. Mozzarella cheese dia superb gais. Refill la banyak mana korang nak!

Lokasi: Ground Floor Amerin Mall, No G, 13, Persiaran Impian Indah, Taman Impian Indah, Seri Kembangan
Operasi: 11.00am – 10.00pm
Hubungi: 017-8820892 (En Nizam)

5Medini’s Barbecue Restaurant

Pilihan variasi daging yang disediakan di Medini’s sangat ohsem. Bukan setakat daging jer, makanan laut seperti scallop, oyster, saba mackerel, udang harimau memang rambang mata dibuatnya! Buffet kat sini dari RM37.90 seorang.

Lokasi: 2-G Ground Floor Ukay Boulevard MRR2 Ulu Kelang, Ampang.
Operasi: 10.00am – 10.00pm (Isnin tutup)
Hubungi: 03-41019018

6Seoul Garden

Seoul Garden antara jenama restoran Korea yang popular. BBQ Buffet di sini terdiri dari 150 jenis pilihan, menyediakan pelbagai pilihan daging dan makanan laut dibakar dan dipanggang sendiri di meja, santai menjamu selera beramai-ramai.

Cekidot!  Halal Chinese Food Di Restoran Sedap Muallaf

Lokasi: Aeon Mall Shah Alam/ Alamanda/ DPulze Shopping Centre/ IOI City Mall/ IOI Mall/ I-City/ Melawati Mall/ Paradigm Mall KL/ Setapak Central/ Setia City Mall/ Sunway Pyramid Mall/ Sunway Putra Mall/ The Mines/ Wangsa Mall/ 1 Utama Shopping Centre
Operasi: 11.30am-10.30pm

KOMEN FACEBOOK

TINGGALKAN KOMEN

Masukkan komen anda!
Masukkan nama anda

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.