Booking.com

Areca Hotel Penang, Hotel Butik Yang Affordable.

Terletak di Georgetown, Hotel Areca ni adalah dulunya rumah kedai sebelum zaman perang. Sekarang, hotel ni terletak di kawasan Warisan Dunia UNESCO. Memang terjamin lah kecantikan nya kan untuk kekalkan standard taraf dunia tu.

Areca Hotel ni ada ‘character’nya sendiri. Anda akan dapat lihat pengaruh sejarah dari dekorasi perabot antik dan senibina pintu vintage di sekitar hotel. Ada 48 bilik di hotel ni dari bilik double, bilik loteng dan juga family suites. Setiap bilik mempunyai sentuhan sejarah yang menawan. Kat hotel ni ada restoran sendiri yang dinamakan Areca Cafe yang menghidangkan makanan European yang modern tapi menggunakan bahan-bahan tempatan. Sedap-sedap menu makanan kat sini katanya. Boleh cuba minuman jus buah pala yang akan buat anda teringat-ingat sampai bila-bila. Lokasi hotel ni pulak sangat best, dekat dengan Komtar & Chowrasta. Tempat makan femes macam Hameediyah Restoran, Line Clear Nasi Kandar & Roti Bakar Hutton Lane boleh sampai dengan berjalan kaki je.

Cekidot!  Hulu Langat Fishing Resort Tawar Pakej Penginapan Memancing VIP

Nama hotel butik, tempat best menarik, mesti mahal kan? Mana ada! Bermula dari RM133 satu malam, anda dah boleh stay kat sini. Affordable kan? Memang berbaloi-baloilah dapat stay kat tempat eksklusif macam ni. So apa lagi, jalan-jalan cari makan trip Penang lah jom.

Areca Hotel Penang

Areca Hotel Penang

KOMEN FACEBOOK

TINGGALKAN KOMEN

Masukkan komen anda!
Masukkan nama anda

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.