Booking.com

Bantuan Prihatin Nasional

Perdana Menteri baru sahaja mengumumkan Bantuan Prihatin Nasional dalam Pakej Ransangan Ekonomi jam 3 petang 27 Mac 2020.

Bantuan secara one-off ini akan dibayar bermula April dan Mei 2020 melibatkan peruntukan hampir RM10 bilion.

Antara yang terkandung dalam Bantuan Prihatin Nasional termasuk:

1. RM1,600 kepada hampir 4 juta isi rumah yang berpendapatan bulanan RM4,000 dan ke bawah. Bayaran RM1,000 akan dibayar pada bulan April 2020 dan RM600 pada bulan Mei 2020.

2. RM1,000 kepada hampir 1.1 juta isi rumah yang berpendapatan lebih RM4,000 hingga RM8,000 yang akan dibayar pada bulan April 2020 sebanyak RM500 dan baki RM500 pada bulan Mei.

3. RM800 kepada 3 juta individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah. Bayaran RM500 akan dibayar pada bulan April 2020 dan baki RM300 pada bulan Mei 2020.

4. RM500 kepada 400,000 individu bujang berusia 21 tahun ke atas yang berpendapatan bulanan lebih RM2,000 hingga RM4,000. Bayaran sebanyak RM250 akan dibuat pada bulan April 2020 dan baki RM250 pada bulan Mei.

Cekidot!  Tiada Simptom Tak Bermakna Tidak Dijangkiti Covid19 - Anda Mungkin Pembawa Senyap Tanpa Sedari

5. Para pelajar juga akan dapat bantuan RM200 secara one-off yang akan dibayar pada bulan Mei 2020.

Lihat senarai bantuan kerajaan kepada yang terjejas dengan Covid19 

Lihat senarai Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rajyat

KOMEN FACEBOOK

TINGGALKAN KOMEN

Masukkan komen anda!
Masukkan nama anda

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.