Booking.com

Beberapa Jalan Di Daerah Gombak Ditutup Secara Berperingkat Sempena PKP

5 lokasi Sekatan Jalan Raya (SJR) diadakan dan 9 lokasi jalan susur simpang akan ditutup secara berperingkat di daerah Gombak berikutan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula hari ini sehingga 14 April.

Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Arifai Tarawe berkata langkah proaktif itu dilaksana bagi tujuan memperketatkan lagi arahan berkenaan.

Antara lokasi SJR termasuk di KM14, Jalan KL-Ipoh dari arah Rawang menghala ke Kuala Lumpur termasuk dari arah bertentangan, sebelum Plaza Tol Rawang dari arah Rawang menghala ke Sungai Buloh, sebelum Plaza Tol Gombak dari arah Gombak menghala ke Bentong serta di Jalan Desa Aman Puri, Desa Jaya.

Sementara beberapa susur dan simpang akan ditutup berperingkat termasuk di Batu 20 Jalan KL-Rawang di mana orang awam boleh menggunakan jalan alternatif menggunakan Jalan Rawang by Pass-Templer Park.

Ia termasuk laluan simpang ke Kampung Selayang Pandang dari Jalan KL-Ipoh sementara KM14 Jalan KL-Ipoh-Selayang Jaya boleh diguna sebagai laluan alternatif.

Cekidot!  Perintah Kawalan Pergerakan Fasa 2 Bermula 1 April 2020

Penutupan berperingkat turut melibatkan jalan besar Selayang Baru. Orang awam boleh menggunakan Jalan 2 Selayang Baru-Petron-Pasar Borong-Jalan KL-Ipoh. Susur ke Latar dari Jalan Rawang-Kuala Lumpur dengan orang ramai boleh menggunakan Jalan Ipoh Kuala Lumpur.

Masyarakat dinasihatkan supaya mematuhi PKP dengan sepenuhnya dan bersabar dalam menghadapi segala kesulitan.

KOMEN FACEBOOK

TINGGALKAN KOMEN

Masukkan komen anda!
Masukkan nama anda

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.