Booking.com

Bonda Valley, Percutian Hijau Idaman Ramai.

Bonday Valley, nama yang bukan asing buat si pencinta alam yang sukakan aktiviti & percutian hijau. Terletak di Batang Kali, Selangor, tempat ni terletak di tengah hutan, dikelilingi alam semulajadi yang tak terusik. Untuk anda yang mencari percutian menenangkan, nak menjauhi kesibukan kehidupan harian, bolehlah datang ke sini.

Bonda Valley ni merangkumi banyak bahagian, setiap satunya ada nama & keistimewaan sendiri. Ada Rumah Sungai Baitun Nahri, Perkampungan Bubinga, Rumah Bonda, Rumah Hutan Melayu & Tumah Hutan Seni. Setiap unit ada nama tersendiri. Nak masuk ke setiap penginapan tu, agak mencabar, kena naik 4 wheel drive yang khas disediakan oleh pihak pengurusan. Adventure style lah!

Unit-unit kat sini boleh memuatkan minimum 2 orang dan maksimum sehingga 15 orang. Ada unit yang menyediakan BBQ pit sekali. Pilihlah mengikut kesesuaian dan minat masing-masing. Bila dah sampai sini, jangan lepaskan peluang mandi sungai sambil menikmati keindahan alam tau. Dah tu pulak, pastikan anda singgah di Warung Bonda yang hidangkan menu special, ikan lunak & talapia bakar yang memang wajib cuba. Dan, kalau dah sampai tu, bolehlah kalau nak book sekali sesi meditasi & spa Terapi Alam. Baru betul namanya rehatkan badan.

Kalau anda rasa stay kat sini mesti mahal, salah tu. Ada unit yang hanya RM180 satu malam. Bayangkan, duduk dalam hutan, tidur malam dialun bayu malam dengan bunyian air deruan sungai! Haih, sekarang jugak terasa nak pergi kan? Book sekarang untuk stay di masa depan, sebab unit selalu full tau.

Bonda Valley

Lokasi : Bonda Valley, Lot 2380, Jalan Lama, 44300 Genting Highlands, Selangor

Phone No. : 019-7906533

HOTEL RESORT HOMESTAY MURAH

Cameron Highlands

10 Penginapan Murah Sekitar Cameron Highlands Bawah RM100

Lagi 10 Penginapan Murah Sekitar Cameron Highlands Bawah RM100

10 Penginapan Honeymoon Sekitar Cameron Highlands

10 Apartment Selesa Sekitar Cameron Highlands

Senarai Tempat Menarik Sekitar Cameron Highlands

Tempat Makan Menarik Sekitar Cameron Highlands


Melaka

10 Penginapan Murah Sekitar Melaka Bawah RM100

10 Homestay Dengan Swimming Pool Sekitar Melaka

Pilihan Hotel Mesra Famili Sekitar Melaka

10 Penginapan Menarik Tepi Pantai Sekitar Melaka

Senarai Tempat Menarik Sekitar Melaka

Tempat Makan Menarik Sekitar Melaka


Langkawi

10 Penginapan Murah Sekitar Pulau Langkawi Bawah RM100

Menarik Juga

10 Hotel Terapung Water Chalet Ohsem Malaysia

Lebih 30 Theme Park Seluruh Malaysia

KOMEN FACEBOOK

TINGGALKAN KOMEN

Masukkan komen anda!
Masukkan nama anda

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.