Booking.com

Cara Memohon Dan Menyemak Status Bantuan Musaadah Khaira PPZ

Tahu tak Pusat Pungutan Zakat MAIWP ada menyediakan bantuan khas COVID-19 yang dipanggil Bantuan Musaadah Khaira PPZ.

Dengan bantuan ini, anda boleh memohon RM300 tunai secara online.

Bantuan ini boleh dimohon oleh semua Warganegara Malaysia tanpa mengira bangsa.

Berikut dikongsikan garis panduan langkah demi langkah permohonan online bantuan PPZ ini.

BANTUAN MUSAADAH KHAIRA PPZ

Bantuan ini khas untuk rakyat Malaysia yang terjejas akibat PKP.

Syarat kelayakan seperti berikut:

  • Golongan B40 pendapatan isi rumah <RM4360 sebulan
  • Penjaja / peniaga kecil
  • Pekerja dan individu yang terjejas ataupun hilang punca pendapatan seperti diberhentikan kerja, separuh gaji & cuti tanpa gaji

CARA MEMOHON BANTUAN

Permohonan boleh dibuat secara online di portal rasmi Musaadah Khaira PPZ

Pastikan anda membaca dulu segala terma dan syarat permohonan.

Berikut antara dokumen yang perlu disediakan:

  • Salinan IC
  • Bagi yang bekerja – Slip Pendapatan / Pengesahan Pendapatan / Pengesahan pemberhentian kerja atau dicutikan tanpa gaji atau dikurangkan gaji bulanan
  • Bagi Peniaga / Penjaja Kecil – Lesen Perniagaan / Resit Sewa Tapak atau lain-lain dokumen
Cekidot!  Perintah Kawalan Pergerakan Fasa 2 Bermula 1 April 2020

Langkah-langkah permohonan seperti berikut:

1. Layari portal rasmi Musaadah Khaira PPZ

2. Isi dan lengkapkan segala maklumat peribadi pemohon

3. Nyatakan alamat terkini pemohon

4. Isi maklumat tanggungan terkini anda

5. Muat naik kesemua dokumen yang diminta

6. Semak semula kesemua maklumat yang diisi. Jika betul klik Hantar.

Selesai!

Permohonan anda kini sedang diproses.

Bantuan akan disalurkan dalam tempoh 7 hari kepada pemohon yang layak.

Bagi anda yang pernah memohon sebelum ini, anda boleh semak status permohonan Bantuan Musaadah Khaira PPZ di sini.

Sebarang maklumat lanjut boleh hubungi Facebook Khaira PPZ.

KOMEN FACEBOOK

1 komen

TINGGALKAN KOMEN

Masukkan komen anda!
Masukkan nama anda

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.