Booking.com

Cara Pengeluaran ASB Secara Online Tanpa Perlu Ke Bank Atau Mesin ATM

Pihak Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) telah mengumumkan satu kemudahan terbaru baru-baru ini, iaitu pengeluaran ASB secara online.

Maknanya dah tak perlu lagi beratur di kaunter bank, kios atau pejabat pos sekiranya ingan mengeluarkan wang. Duduk di rumah dan buat secara online je!

Wang akan dipindahkan dari akaun unit amanah ASNB ke akaun bank pemegang unit dengan cara ini.

HAD MAKSIMUM PENGELUARAN ASB ONLINE

Had maksimum pengeluaran yang dibenarkan ialah RM500 sebulan, terkumpul dari mana-mana akaun unit amanah ASNB pemegang unit.

Jumlah minimum untuk sekali pengeluaran ialah RM100.

Jumlah transaksi dibenarkan sebanyak 3 kali sebulan.

WAKTU URUS NIAGA

Waktu urusniaga adalah sama seperti waktu urus niaga sedia ada myASNB seperti berikut:

• Unit Amanah Harga Tetap: 7:00 pagi-6:00 petang, Isnin – Ahad*

• Unit Amanah Harga Berubah: 7:00 pagi-4:00 petang, Isnin- hingga Ahad*
(*kecuali cuti umum)

Cekidot!  Jangan Tertipu Mesej Penipuan Kononnya Dari LHDN Berkenaan Bantuan Prihatin Nasional Yang Meminta Maklumat Peribadi

Wang anda akan dimasukkan ke akaun bank pada hari berikutnya.

CARA MEMBUAT PENGELUARAN ASB SECARA ONLINE

Kemudahan ini ditawarkan menerusi portal myASNB dan juga Aplikasi myASNB.

Pemegang unit hanya dibenarkan mengeluarkan wang dari akaun sendiri sahaja.

Berikut dikongsikan langkah-langkah pengeluaran ASB secara online:

KOMEN FACEBOOK

TINGGALKAN KOMEN

Masukkan komen anda!
Masukkan nama anda

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.