Booking.com

Kedai gunting rambut mempunyai risiko sebagai pusat perebakan jangkitan Covid-19 jika TIADA kawalan ketat.

Faktor risiko di kedai gunting rambut agak TINGGI kerana;

✔️ Jarak rapat antara pelanggan dan tukang gunting rambut
✔️ Tempoh masa yang lama > 15 minit
✔️ Ruang kedai yang sempit dengan pengudaraan yang terhad

Untuk mencegah perebakan, langkah berikut perlu dilakukan dengan TEGAS dengan pemantauan rapat oleh pihak berkuasa.

1. Tukang gunting rambut

  • Pastikan tidak mempunyai sebarang gejala demam, batuk selsema
  • Menggunakan topeng muka
  • Membasuh tangan sebelum dan selepas menyentuh pelanggan
  • Menjaga kebersihan dan sanitasi premis
  • Dilarang vape dan merokok

2. Premis

  • Perlu lakukan pembersihan harian / disinfeksi harian
  • Mempunyai ruang pengudaraan yang baik
  • Jaga jarak sosial- 1 meter
  • Kawal kemasukan pelanggan
  • Ruang menunggu di luar dengan jarak sosial > 1 meter antara 1 sama lain
  • Rambut yang telah di gunting perlu dibersihkan
  • Larangan vape dan rokok

3. Pelanggan

  • Perlu disaring, pelanggan bergejala tidak dibenarkan masuk
  • Menggunakan penutup muka (terutama jika bergejala)
  • Membasuh tangan sebelum masuk dan duduk
  • Menjaga jarak sosial, jangan berebut, jangan berhimpit
  • Dilarang merokok dan vape
Cekidot!  Cara Buat Duit Tanpa Modal Mempromosi Produk Online

Semua masyarakat dan premis perlu beri kerjasama penuh.

Kita perlu mempersiapkan diri ke arah budaya kehidupan baru yang mengutamakan langkah-langkah pencegahan seperti ini dalam semua aktiviti harian.

Kepada yang ingin berjimat, boleh dapatkan hair clipper secara online dan pendekkan rambut anda sendiri di rumah!

KOMEN FACEBOOK

TINGGALKAN KOMEN

Masukkan komen anda!
Masukkan nama anda

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.