Booking.com

Dapo Pata, Sila Bawak Attitude Sempoi Bila ke Sana.

Dapo Pata, Pantai Tok Jembal Terengganu, mengalu-alukan kedatangan pengunjung, tapi, sila bawak attitude sempoi anda katanya. Sebab, suasana kat sini memang santai-santai je pun. Sesuai untuk yang nak makan-makan sambil have fun di tepian pantai.

Ada 12 kafe kiosk kat Dapo Pata ni, membolehkan anda memilih makanan yang anda terasa nak makan, dan bersesuaian dengan selera. Sebut je nak apa, masakan panas ala Thai, masakan Indonesia, masakan barat, burger atau ikan bakar, semua ada lah. Tinggal pilih je. Diorang kata Danging Bakar Harimau Menangis kat sini sebijik macam kat Danok sana. Betul ke? Kenalah cuba.

Dapo Pata selalu buat event untuk penggemar seni dan macam-macam kreativiti diketengahkan dari masa ke semasa. Live band pun selalu ada buat persembahan kat sini. So, siapa-siapa yang nak makan sambil bersantai, jemputlah singgah.

Dapo Pata

Lokasi : Dapo Pata, PT 31964, Kg.Tok Jembal, 21000 Kuala Nerus, Terengganu, Malaysia.

Waktu Operasi :

  • Ahad – Rabu (5pm – 12am)
  • Khamis – Sabtu (4.30pm – 12am)

Phone No. : 010 – 8001383

KOMEN FACEBOOK

TINGGALKAN KOMEN

Masukkan komen anda!
Masukkan nama anda

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.