Demi Seekor Ayam Murah RM1.99
Kelihatan penduduk sebuah daerah sanggup beratur panjang di sebuah premis perniagaan bagi mendapatkan bekalan ayam murah menerusi beberapa gambar yang tular di media sosial. Lebih merisaukan, kesemua penduduk tersebut tidak menjaga social distancing semasa beratur.
Menerusi Twitter Nik Farhan, lelaki tersebut memberitahu kejadian itu berlaku di daerah Besut, Terengganu. Menurutnya, ramai penduduk di daerah tersebut sanggup beratur panjang untuk membeli ayam murah. Tambahnya, harga ayam di situ dijual dengan harga RM1.99 seekor.
Farhan juga tidak menyangkal kemungkinan kluster baru yang dikenali sebagai ‘kluster ayam’ bakal wujud sekiranya kejadian tersebut berulang lagi. Dia turut memaklumkan bahawa daerah Besut antara daerah yang mencatatkan jumlah kes tertinggi di Terengganu selepas Dungun.