Booking.com

Di Ecuador Mayat Dipercayai Pesakit Covid-19 Hanya Diletak Di Luar Rumah

Ecuador menjadi antara negara yang paling teruk terkesan akibat Covid-19 hingga mengalami fasa kelumpuhan. Jalan-jalan kini sepi, hanya beberapa penduduk kelihatan dan lebih teruk mangsa yang mati akibat wabak dipercayai ditinggalkan di tepi-tepi jalan di kawasan tersebut.

Hospital tidak lagi mempunyai katil untuk menerima pesakit. Rumah pengebumian dan tanah perkuburan yang sudah melebihi kapasiti. Penduduk tidak mempunyai pilihan lain selain meletakkan mayat ahli keluarga di luar rumah.

Keranda yang mengandungi mayat mangsa yang dipercayai maut akibat wabak, dibalut dengan plastik dan ditutup dengan kotak turut kelihatan di kawasan kediaman di Guayaquil.

Beberapa video dari kamera litar tertutup (CCTV) juga menunjukkan penduduk meninggalkan mayat di jalan-jalan sekitar bandar tersebut.

Menerusi salah satu rakaman, seorang penunggang motosikal dilihat membawa mayat dan meninggalkan di jalan sebelum diambil oleh sekumpulan orang yang berpakaian khas (hazmat suit).

Manakala, rakaman yang lain turut menunjukkan sekumpulan orang mengeluarkan mayat dari kenderaan dan meletakkan di atas jalan raya.

Pihak polis yang datang kemudiannya meminta mereka untuk memasukkan semula mayat tersebut ke dalam kereta sebelum dibawa ke tempat lain.

Pihak berkuasa turut merancang mewujudkan satu ruang ‘pengebumian bermaruah’ bagi menghormati semua mangsa yang terkorban akibat wabak Covid-19.

Tetapi buat masa ini, penduduk di Guayaquil terus terperangkap dalam ‘mimpi ngeri’, berhadapan dengan wabak maut sambil meratapi kehilangan orang tersayang tanpa melalui proses pengebumian yang sepatutnya.

KOMEN FACEBOOK

TINGGALKAN KOMEN

Masukkan komen anda!
Masukkan nama anda

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.