Duduk Di Rumah Dan Bantu Ekonomi Dengan Berbelanja
Perkongsian oleh tuan Mutalib Uthman
Perintah Kawalan Pergerakan Hari Ke-16.
Ini dah masuk PKP2.0. Sebab sepatutnya semalam dah abis. Start dari beberapa hari sudah, saya sudah berhenti masak. Kali terakhir saya masak adalah Sup Tulang sedap nak mati. Saya berhenti bukan sebab saya malas.
Kalau saya masak, duit saya hanya akan dapat ke Billion. Tempat saya beli barang dapur.
Jika saya tak masak, saya akan membeli makanan dari kedai-kedai makan yang masih buka. Jika di Bangi, saya akan order dari Temerloh Catering, Sabak Salai, Papa Rich dan beberapa lagi malas saya nak ingat.
Kedai-kedai ini ada wang untuk bayar gaji pekerja. Pembekal bahan mentah akan ada job dan para rider penghantaran juga ada komisyen untuk hantar makanan tersebut. Wang saya berpusing dalam cycle economy. Ramai pihak akan dapat manfaat.
Perlu diingat, saya duduk seorang di rumah, tak ada isteri suara Doraemon, kerja dari rumah, gaji saya bertambah sebab KWSP tolak 4% sahaja, saya dapat penangguhan pembayaran oleh bank, wang inilah saya guna balik untuk mengimrahkan ekonomi.
Begitu juga para kakitangan awam, ada yang mempertikaikan, kenapa dapat lagi RM500, walhal mereka tak terjejas pun, kerja dan gaji sah selamat. Saya kata pada yang mempertikai, wang RM500 itu gunanya untuk mereka belanja dan naikkan ekonomi, bantu para peniaga yang ada nasibnya tak sebaik mereka. Sekarang ini, untuk yang ada wang, kita perlu berbelanja.
Bila semua orang berbelanja, peniaga akan dapat duit, boleh bayar supplier, supplier boleh bayar kilang, kilang boleh bayar gaji staf, staf boleh berbelanja. Berputarlah wang tersebut.
Duduk rumah dan bantu ekonomi dengan berbelanja. Itu sahaja kerja kau sekarang.
Putuskan rantaian #Covid19, jangan putuskan rantaian ekonomi!