Booking.com

Kawalan pada fasa ketiga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) perlu dipeketatkan agar penularan Covid-19 dapat dikawal sekaligus menurunkan kes positif jangkitan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, fasa ketiga PKP yang akan bermula pada 15 April ini merupakan fasa yang penting dan mungkin bakal membuahkan kejayaan.

”Memandangkan kita memasuki fasa yang penting ini iaitu fasa ketiga, kita perlu memperketatkan lagi kawalan kita untuk menurunkan kes.

”Daripada unjuran, kita mungkin akan berjaya sekiranya semua rakyat Malaysia bersama-sama dengan KKM untuk memastikan kita memperketatkan tindakan fasa satu, fasa dua dan fasa ketiga kita dapat berjaya mengurangkan kes,” katanya.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), perlaksanaan PKP fasa pertama dan kedua seharunya dikekalkan kepada fasa ketiga.

Ini berikutan, terdapat tanda-tanda awal kes berjaya diturunkan melalui pengawalan di kedua-dua fasa berkenaan.

KKM turut menasihatkan orang ramai agar sentiasa melakukan penjarakan sosial dan mengelakkan perhimpunan awam supaya rantaian Covid-19 dapat diputuskan setelah kesemua fasa PKP tamat.

KOMEN FACEBOOK
Cekidot!  Kurma Tangkai Firdaus Deglet Nour Direct Ladang Tunisia

TINGGALKAN KOMEN

Masukkan komen anda!
Masukkan nama anda

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.