Booking.com

Kita bakal dapat menyaksikan fenomena supermoon buat kali ketiga tahun 2020 yang dijangka akan berlaku pada 8 April ini.

Fenomena yang dinamakan Super Pink Moon ini bakal kelihatan besar ketika bulan mula terbit dengan warna antara oren dan kuning pucat buat beberapa minit menurut Forbes.

Anda boleh melihat Super Pink Moon itu dari balkoni rumah dengan melihat ke arah horizon timur pada 2.10 pagi nanti. Menjelang 10.35 pagi, bulan akan memasuki fasa bulan penuh ataupun purnama.

Bulan Warna Pink?

Bukan, nama Super Pink Moon ini sebenarnya bukanlah kerana warnanya yang merah jambu. Namun, ia digunakan bagi merujuk kepada fenomena bulan penuh pada April iaitu waktu ketika lumut pink atau phlox tanah liar sedang mekar.

Cekidot!  KKM Mendedahkan Wujudnya Kes Sporadik Covid-19 Yang Tidak Diketahui Dari Mana Punca Jangkitan

Paling Hampir Dengan Bumi

Supermoon merupakan fenomena di mana bulan akan kelihatan 14 peratus lebih besar serta 16 peratus lebih cerah dari bulan penuh biasa.

Fenomena tersebut berlaku apabila bulan penuh berada pada kedudukan paling hampir dengan bumi ketika ia bergerak mengikut orbitnya yang bujur. Justeru, ia akan kelihatan lebih besar dan cerah berbanding selalu.

Super Pink Moon dikatakan bakal berada pada jarak 221,772 batu dari Bumi pada 7 April ini.

Bukan yang terakhir, anda juga boleh melihat supermoon seterusnya pada 7 Mei akan datang, supermoon keempat dan terakhir bagi 2020.

Menurut Forbes, supermoon yang akan berada paling hampir dengan Bumi pada abad ini dijangka bakal berlaku pada 6 Disember 2052.

KOMEN FACEBOOK

TINGGALKAN KOMEN

Masukkan komen anda!
Masukkan nama anda

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.