Booking.com

Grand Orient Hotel Ada Taman Tema Air Yang Gempak.

Ramai yang tak tahu dekat Penang ada hotel yang siap ada taman tema air. Grand Orient Hotel, kat Perai Penang ni dekat dengan 1st Penang Bridge. Hotel yang cukup selesa dan sesuai untuk bawak anak-anak bercuti.

Bertemakan konsep Amazon, seluruh hotel dan taman temanya dihiasi kehijauan. Arca-arca haiwan liar boleh korang jumpa terutama kat taman air nya lah. Memang menyeronokkan untuk anak-anak. Taman tema air nya pulak, macam biasa, mesti ada gelongsor air (kecil & besar), wading pool, jacuzzi, sungai aktif dan macam-macam lagi. Sure boleh entertain anak-anak sepanjang hari!

Dari segi bilik pulak, ada superior, duluxe & suite room yang boleh muat minima 2 dewasa dan 1 kanak-kanak. Semua kemudahan lengkap macam hotel biasa. Kat sini ada jugak disediakan gym & sauna. Bermula dari RM145 satu malam, best jugak kan bawak anak-anak bercuti, berehat & main air kat sini?

Cekidot!  Timurbay by Seascape Kuantan, Nikmati Staycation Pemandangan Tepi Laut

Grand Orient Hotel

Grand Orient Hotel

KOMEN FACEBOOK

TINGGALKAN KOMEN

Masukkan komen anda!
Masukkan nama anda

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.