Booking.com

Negara China berjaya mencapai tahap tiada kes dilaporkan selepas tiga bulan penularan wabak Koronavirus COVID-19 yang bermula di pasar Wuhan, setelah kerajaan mereka melaksanakan dua bulan perintah berkurung.

Namun, daging haiwan liar dan eksotik yang dikaitkan dengan punca tercetusnya wabak berbahaya ini telah dijual semula 28 Mac lalu. ‘Pemandangan’ yang mengejutkan itu muncul kembali selepas China akhirnya tidak lagi mengenakan sekatan kepada seluruh negara dan menggalakkan orang ramai untuk kembali menjalani kehidupan seharian yang normal bagi meningkatkan ekonomi.

Anjing dan kucing yang terkejut, terancam di dalam sangkar berkarat. Kelawar dan kala jengking yang ditawarkan untuk dijual sebagai ubat tradisional. Arnab dan itik disembelih dan disiat kulit bersebelahan di atas lantai batu yang ditutup dengan darah, kotoran dan bangkai haiwan.

Semua orang percaya wabak sudah berakhir dan tidak perlu risau lagi. Pasar telah kembali beroperasi dengan cara yang sama seperti yang mereka lakukan sebelum koronavirus melanda.

Namun pasar basah Wuhan dibuka kali ini didatangi oleh pegawai penjaga yang menghalang orang ramai untuk mengambil gambar bagi mengelakkan perkara ini menular di internet.

Cekidot!  Mudahnya Beli Barang Tesco Order & Collect Pakai Whatsapp Jer

Orang ramai mula bimbang kerana rakyat China dibenarkan untuk melancong ke luar negara bermula awal April ini.

KOMEN FACEBOOK

TINGGALKAN KOMEN

Masukkan komen anda!
Masukkan nama anda

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.